Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bolehkah perkataan terharu digunakan untuk perkara yang sedih? contohnya, terharu dengan pembunuhan itu. kerana kebiasaannya ia digunakan untuk perkara yang menyentuh hati tapi menggembirakan berbanding perkataan terkilan. | Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu dan terharu tidak menggambarkan perasaan gembira. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Apakah soalan yang sesuai untuk jawapan Ibu amat terharu apabila mendapat tahu bahawa abang bergelar juruterbang. | Soalan yang sesuai bagi jawapan tersebut ialah "Mengapakah ibu berasa amat terharu?" Jawapan yang lebih tepat ialah "Ibu amat terharu kerana mendapat tahu bahawa abang akan bergelar juruterbang. | Tatabahasa | 25.06.2013 |
"terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul? | Sekiranya "terharu" di sini bermaksud sedih, penggunaan perkataan itu betul. | Tatabahasa | 12.06.2012 |
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul? | terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Perasaan Mak Limah benar-benar ( terluka , terharu ) dengan perbuatan anak-anaknya. Apakah jawapan yang paling sesuai ? Terima kasih.. | Perasaan Mak Limah benar-benar terluka dengan perbuatan anak-anaknya. Terluka bermaksud perasaan yang sakit, pedih kerana kecewa. | Tatabahasa | 24.09.2009 |
APAKAH MAKSUD RAWAN? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, rawan bermaksud hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu. | Makna | 01.07.2010 |
Jamila berasa ______ melihat keadaan neneknya. Jawapan manakah yang lebih sesuai? A.sedih B. simpati Apakah perbezaan antara 'sedih' dan 'simpati'? | Jawapannya ialah berasa sedih. Sedih bermaksud berasa sangat terharu atau rawan, manakala simpati bermaksud perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan. Daripada ayat di atas tidak ada keterangan lanjut yang membolehkan penggunaan perkataan simpati kerana ayatnya umum, oleh itu perkataan sedih lebih sesuai. | Tatabahasa | 17.07.2010 |
Mohon bantuan untuk penterjemahan tepat bagi ayat di bawah. Saya sentiasa ada masalah untuk menterjemahkan 'overwhelm' dalam konteks yang tepat. "She was overwhelmed." | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, overwhelm mempunyai beberapa maksud, iaitu 1. mengalahkan: 2. tenggelam; begitu, sangat, amat, sungguh terharu 3. menenggelami. Berdasarkan ayat yang diberikan, padanan yang dicadangkan untuk overwhelmed ialah sungguh terharu. | Makna | 19.07.2013 |
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan' | Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang | Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan. Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Makna | 31.07.2009 |
|
Puisi |
---|
|
Teluk Cempedak airnya biru, Tempat budak bermain air; Hatiku susah sering terharu, Nasi ditelan serasa pasir.
Lihat selanjutnya... |
|