Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih | Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain. | Makna | 16.10.2021 |
Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada......pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar a)tepi b)bucu c)pangkal d)pangkal | Jawapannya agak mengelirukan, walau bagaimanapun jawapan yang lebih sesuai ialah Dahi Ismail berdarah akibat terhantuk pada pangkal pokok kelapa semasa bermain kejar-kejar. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Salam sejahtera tuan. Perkataan terhempas' boleh digunakan dalam ayat ini? Dia memukul bola hoki dengan kuat dan bola itu terhantuk pada cermin kereta. Bolehkah 'terhantuk' digantikan dengan 'terhempas' dalam ayat ini? Sekian, terima kasih. | Perkataan yang lebih sesuai ialah terkena. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
PERKATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD BENGKAK AKIBAT TERHANTUK | Benjol | Makna | 20.05.2009 |
Kit haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena sudah terhantuk baru tergadah. Apakah kesalahan istilah menjauhkan diri dalam ayat ini jika saya nak tahu menjauhkan diritukar kepada kesalahan istilah | Soalan kurang jelas. Sila nyatakan soalan dengan lebih jelas untuk pihak kami memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan konteks tersebut. | Lain-lain | 05.01.2021 |
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apa | Jawapan yang betul ialah C. terlanggar Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. | Lain-lain | 16.10.2021 |
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang ejaan. Mana yang betul, sadung atau sandung? Saya lihat kedua-duanya mempunyai maksud sama. | Jika konteks perbuatan merujuk kepada menyandung melanggar sesuatu (dengan kaki); tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pada sesuatu, 2. mendapat sesuatu rintangan (kesusahan dan lain-lain) dan sandungan, maka kedua-duanya membawa maksud yang sama. Ini bermakna, sadung dan sandung boleh digunakan. | Makna | 19.12.2016 |
Yang manakah paling tepat bagi ayat di bawah, ialah atau adalah: Alat ini ialah jenis perkusi (dipukul) atau konkusi (dua bahagian dipukul bersama). | Jawapan yang betul ialah, “Alat ini ialah jenis perkusi”. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1146, perkataan “Konkusi” membawa maksud gangguan sementara pada otak, tidak sedar, tidak ingat atau bingung, biasanya berlaku jika dipukul atau terhantuk kuat. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kata pemeri “ialah” dan “adalah”, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), halaman 495 atau layari laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 08.05.2024 |