Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul? | terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
1)Lenanya tiba-tiba bercambah apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2)Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu. 3)Makanan traditional seperti lemang,ketupat,dan dodol merupakan makanan penyambut untuk hari raya.Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Lenanya tiba-tiba terganggu apabila pintu biliknya diketuk kuat dari luar. 2. Pamela tidak berjaya menguruskan badannya kerana dia tidak mampu mengawal nafsu makan. 3. Makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan dodol merupakan juadah utama yang dihidangkan pada hari raya. | Tatabahasa | 14.07.2012 |
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih. | Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai 1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (keadaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubahubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun. | Makna | 19.02.2009 |
Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad | Contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; - menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka. - Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya. Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai. Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi. walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya. Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya. | Sastera | 21.03.2012 |
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat dibawah? 1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. | 1. Kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras gejala sosial. 2. Orang ramai mengawasi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengah hari itu. 3. Mereka menghias bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya sesi pembelajaran pada waktu pagi tidak terganggu. | Tatabahasa | 16.08.2013 |