Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
murid saya suka menggunakan perkataan terdapat pada permulaan ayat. Contohnya: ... novelnya ialah Renyah.... Terdapat banyak persoalan... Bolehkah perkataan terdapat digunakan pada awal ayat? | "Terdapat" boleh digunakan pada permulaan ayat dan kebiasaannya digunakan dalam bentuk pasif. | Tatabahasa | 26.10.2012 |
Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. (A) Penggunaan "terdapat". Adakah semua ayat di bawah betul? 1. Terdapat kereta kabel di Genting Highlands. 2. Kereta kabel terdapat di Genting Highlands. 3. Di Genting Highlands, terdapat kereta kabel. (B) Penggunaan "dalam". Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya membuang sampah di dalam tong sampah. 2. Saya membuang sampah ke dalam tong sampah. 3. Ada habuk di dalam mata saya. 4. Ada habuk dalam mata saya. 5. Saya bermain badminton di dalam dewan. 6. Saya bermain badminton di dewan. Sekian, terima kasih. | 1. Penggunaan 'terdapat' dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. 2. Saya membuang sampah ke dalam tong sampah. Ada habuk di dalam mata saya. Saya bermain badminton di dalam dewan. | Tatabahasa | 28.10.2011 |
Terdapat pelbagai projek yang sedang dalam pelaksanaan. Apakah kesalahan ayat ini? | Tidak ada predikat dalam ayat tersebut. | Tokoh | 04.08.2013 |
terdapat perkataan Lineament (english) dalam term geologi yang bermaksud sesar atau garisan pada batuan. Mohon bantuan untuk digunakan dalam BM perkataan "lineament" itu sendiri. | Dalam bidang Geologi, istilah bahasa Melayu untuk "lineament" ialah lineamen. | Istilah | 19.07.2013 |
Terdapat kesalahan bahasa pada Laman Utama DBP iaitu: lain-lain bengkel sepatutnya bengkel-bengkel lain Harap dapat diperbaiki segera sebelum diaudit oleh khalayak pembaca. Terima kasih. | Teguran puan kami ambil maklum dan menyalurkan kepada bahagian berkenaan untuk diambil tindakan segera. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Terdapat sembilan negeri yang beraja dalam negara kita dan pemerintah di setiap negeri mempunyai gelaran yang berbeza. Soalan: Apakah perkataan yang dapat merujuk kepada kesemua pemerintah ini? Perkataan "pemerintah negeri" rasanya macam tak betul kerana mungkin disalah ertikan sebagai kerajaan sivil yang ada di situ. | Lazimnya disebut Sultan, Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri, tidak ada satu perkataan khusus untuk merujuk kesemua mereka. | Lain-lain | 19.04.2012 |
Terdapat 2 pertanyaan di lampiran berkembar. Sekian, terima kasih. | 1. Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah daripada kerana menyatakan punca/sumber. 2. Penggunaan tanda baca 'koma' mendahului perkataan iaitu. | Tatabahasa | 19.03.2012 |
terdapat golongan di negara kita yang hidup kemiskinan sedangkan ekonomi negara kita maju... apakah peribahasa dalam situasi di atas? | Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 17.02.2012 |
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas. http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar Adakah perkataan 'Pagar' di dalam peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' sebenarnya adalah 'Burung Pegar'? Logik juga, mana ada pagar yang boleh makan. Sama juga la dengan peribahasa 'Seperti Melepaskan Batok di Tangga'. Batok tu bukanlah bermaksud penyakit batuk, tetapi alat menceduk air yang digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik (menggunakan tangga) ke dalam rumah. Jadi, adakah sebetuan peribasa ini yang sebenarnya ialah: 'Harapkan pegar, pegar makan padi'. Yang benar Hussaini Abdul Karim | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Begitu juga halnya dengan ungkapan 'Melepaskan batok di tangga' dikaitkan dengan adab orang Melayu yang akan membersihkan terlebih dahulu dengan menceduk air daripada tempayan menggunakan batok. Setelah digunakan batok dikembalikan ke tempat asal bukannya dibiarkan di atas tangga. Pendapat ini juga telah lama dibincangkan tetapi tidak ada dapatan yang mengesahkan kebenarannya. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Peribahasa tidak seperti tatabahasa yang dapat dibuat kajian kerana sumber rujukan ada di persekitaran ilmu bahasa. | Lain-lain | 27.01.2012 |
Terdapat pengusaha menggunakan perkataan seperti "Restoran Sakai"..adakah menjadi kesalahan dari segi bahasa memandangkan pengusaha hanya menggunakan ayat tersebut sebagai gimik sahaja. | Untuk makluman, perkataan sakai bermaksud 1. nama yang dipakai untuk orang asli (pada umumnya) 2. nama untuk suatu kaum daripada orang asli, Senoi 3. orang suruhan, hamba, pengikut. Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan tersebut adalah salah. Perkataan RESTORAN biasanya dikuti oleh jenis makanan yang dijual. Contohnya, RESTORAN MAKANAN LAUT atau RESTORAN MAKANAN JEPUN. | Makna | 07.10.2011 |