Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Kelima 2009 Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Keenam 2010 Merujuk kepada ayat-ayat di atas, yang manakah yang betul (yang ditulis dengan kata sendi 'daripada' atau sebaliknya)? | Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
Apakah maksud peribahasa "bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat"? | Maksudnya kata sepakat tercapai dengan mesyuarat. | Tatabahasa | 01.11.2009 |
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'? | Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
Saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk mendapatkan pengesahan sama ada ayat "hasrat dikabulkan" hanya sesuai digunakan untuk membawa maksud keagaaman, sebagaimana dalam konteks "doa dikabulkan". Menurut pemahaman saya, dan menurut Kamus Dewan, perkataan "kabul" bererti "tercapai", "terlaksana", "tertunai". Harap mendapat penjelasan dan pengesahan DBP. Terima kasih atas bantuan yang diberikan. | Kata kabul atau frasa hasrat dikabulkan bukan istilah khusus yang hanya digunakan dalam bidang agama. Oleh itu, kata dan frasa tersebut boleh digunakan dalam konteks umum. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
tolong terangkan kesalahan dalam ayat ini - 1. Begitu juga dengan pelancong dari dalam dan luar negeri yang sentiasa membanjiri kawasan Putrajaya tanpa mengira waktu. 2. Berikut ialah nama murid yang akan menyertai lawatan ke Langkawi. 3.Semoga hasratnya tercapai untuk melanjutkan pelajaran di menara gading. 4. Mi segeralah kita makan pada malam ini. 5. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang mulia ini. 6. Baginda akan mengurniai rakyat yang banyak berjasa sempena Hari Keputeraan baginda esok. | 1. Luar negeri sepatutnya luar negara. 2. Ayat ini betul. 3. Melanjutkan pelajaran ke menara gading bukan di menara gading. 4. Dialog ini betul. 5. dalam majlis sepatutnya pada majlis. 6. Ayat sepatutnya Baginda mengurniakan pingat kepada rakyat yang banyak berjasa. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
1). Apakah antara cabaran2 dbp dalam memartabatkan bahasa melayu ? 2). Bagaimanakah cara dbp menghadapi masalah seperti isu bahasa rojak yang merosakkan bahasa melayu itu sendiri? 3). Dimana pendirian dalam isu penggunaan bahasa inggeris dalam matematik dan sains? Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan konsep ini dalam sistem pendidikan kita. Dimanakah peranan dbp itu sendiri, adakah sudah terlaksana atau tercapai visi dan misinya? 4). Apakah peranan dbp dalam membina tamadun melalui penggunaan bahasa melayu? | Berhubung dengan permasalahan bahasa, saudara disarankan memanfaatkan laporan/rencana yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik dan maklumat tambahan boleh didapati di mana-mana perpustaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Berkenaan dengan misi, visi dan peranan DBP, saudara boleh merujuk buku Citra: Dewan Bahasa dan Pustaka (terbitan DBP) yang boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 09.02.2009 |
Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh" ? | Saudara Nabihah, "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 259. | Makna | 31.12.2009 |
Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh"? | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). | Tatabahasa | 29.12.2009 |
Apakah perbezaan antara "dapat" dengan "boleh"? | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki). | Tatabahasa | 29.12.2009 |
apakah perbezaan penggunaan kata dapat dan boleh? bagaimanakah untuk bezakan situ dan sana, | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki). Situ = (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara) manakala sana = tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Kamus Dewan edisi ke-4. | Makna | 12.08.2009 |