Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera. Ingin bertanya, adakah kedua-dua ini: bagai murai tercabut ekor/ seperti murai tercabut ekor diterima? Terima kasih :) | Penggunaan perkataan "bagai murai tercabut ekor" dan "seperti murai tercabut ekor" boleh diterima kerana kata "bagai" dan "seperti" merupakan kata sinonim (kata yang sama atau hampir sama maknanya) | Lain-lain | 18.06.2022 |
Dia tercabut tanaman yang ditanam olehnya. Dia tercabut tanaman yang dia tanam. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Dia tercabut tanaman yang ditanamnya". | Tatabahasa | 28.03.2022 |
Dia tercabut tanaman yang ditanam olehnya. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Dia tercabut tanaman yang ditanamnya". | Tatabahasa | 16.10.2022 |
Assalamualaikum. "Mata lembing tercabut sendiri, melayang menikam orang lain hingga membunuh sembilan puluh lapan lelaki dalam majlis itu. Korban ke sembilan puluh sembilan ialah ayah Dayang lalu mencabut lembing dari perutnya....." Berdasarkan petikan cerita di atas, saya ingin bertanya sedikit soalan. 1. sembilan puluh lapan perlu dieja atau ditulis nombor 98? 2. korban ke sembilan puluh sembilan atau korban ke-99? sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah ... 98 lelaki ... dan ... korban ke-99 .... Nombor kosong hingga sembilan dieja penuh, manakala nombor 10 dan ke atas ditulis dalam bentuk angka. | Ejaan | 25.08.2011 |
Bagai murai dicabut ekor atau bagai murai tercabut ekor? Terima kasih. | Bagai murai dicabut ekor | Tatabahasa | 11.05.2015 |
Sri Shan Balaraman WED 10:46PM Salam... saya nak kepastian tentang peribahasa... yang mana satu betul penggunaannya...Bagai murai tercabut ekor atau Bagai murai dicabut ekor? Tq | Salam. Terima kasih bersahabat dengan DBP. Jawapan persoalan tuan/puan ialah "Bagai murai dicabut ekor". | Lain-lain | 31.08.2016 |
Mohon bantuan tuan, apakah maksud peribahasa berikut : 1. Bagai dagu melebihi hidung 2. Bagai lintah naik ke darat 3. Bagai muka bantal, berliur basi 4. Bagai murai tercabut ekor 5. Bagaikan empedu bersalut madu, pahitnya tiada terbilang 6. Bagaikan gading gajah betina, panjangnya tak sejengkal mana 7. bagaikan racun di dalam cawan, air di ceret ditumpahkan | Peribahasa bagai murai dicabut ekor bermaksud perempuan yang suka bercakap banyak (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu). Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema. | Sastera | 04.09.2024 |
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus | 1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut 3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran .... 4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
emak______kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mulai turun. (mengandar/ menarik/ mengambil/ mengangkat) tuan, manakah satu jawaban sesuai digunakan ? tq | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. mengandar - membawa barang dengan kandar, memikul, membalas 2. menghela supaya bergerak ke arah sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret 3. mengambil - memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu 4. mengangkat - i. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan ii. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain. Berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, perkataan yang paling sesuai ialah mengambil. (emak mengambil kain di jemuran kerana hujan rintik-rintik mula turun) | Makna | 20.09.2011 |
Selamat sejahtera, Apakah kesalahan bagi ayat-ayat di bawah : 1. Tembakan yang tajam itu mengena pada penjahat. 2. Atap rumah penduduk kampung itu tanggal ketika angin kencang pagi tadi. 3. Ketawa Ali tajam sekali. Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Tembakan itu tepat mengenai penjahat.
- Atap rumah penduduk kampung itu tercabut ketika angin kencang pagi tadi.
- Penggunaan kata ‘tajam’ dengan ‘ketawa’ tidak mempunyai hubungan makna.
| Tatabahasa | 13.01.2015 |