Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam..terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas jawapan yang telah di berikan..saya ingin bertanya apakah pendapat tentang bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan? | Puan Norshila terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Bahasa Melayu sudah terbukti menjadi bahasa ilmu melalui penggubalan pelbagai istilah dalam pelbagai bidang cabang ilmu. Bahasa Melayu juga terbukti sebagai bahasa ilmu apabila kebanyakan penerbitan baik dalam bentuk buku, makalah dan banyak lagi penerbitan telah menterjemahkan ilmu dalam pelbagai bidang- pemindahan ilmu - ke dalam bahasa Melayu. Melalui perpaduan kaum pula tidak perlu diperjelaskan kerana perkara ini telahpun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152 yang menjelakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini. Terima kasih | Makna | 03.09.2009 |
pertanyaan tentang isu penggunaan bahasa melayu dalam mahkamah dan perbankan | Penggunaan bahasa Melayu dalam mahkamah dan perbankan telah dilaksanakan sejak tahun 1990. Keupayaan bahasa Melayu digunakan dalam kedua-dua aspek ini terbukti berjaya dan berkesan. Di mahkamah, proses perbicaraan dapat dijalankan dengan lancar dan penambahbaikan dari segi pengucapan dan pendokumentasian dibuat dari semasa ke semasa. Dalam sektor perbankan pula, banyak dokumen rasmi seperti risalah, perjanjian dan penyata kewangan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Transaksi kewangan juga telah dijalankan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Adakah pperkataan 'suatu' boleh digunapaki dalam dokumentasi? Cth ayat: Jawantankuasa Pemandu adalah suatu Jawatankuasa yang akan... Mohon maklumbalas segera. Terima kasih | Suatu merujuk perkara yang belum pasti seperti ayat "Suatu hari nanti akan terbukti juga kesalahan yang telah dilakukannya itu". Jawatankuasa Pemandu dalam ayat yang diberi adalah pasti dan tidak perlu kata suatu lagi untuk menerangkannya. Ayat yang betul "Jawatankuasa Pemandu ialah jawatankuasa yang akan ...". | Tatabahasa | 08.07.2011 |
SAYA NAK MENERBITKAN SEBUAH BUKU DAN BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN REKACIPTA AGAR TAK DITIRU PIHAK LAIN? | Hak cipta diperoleh secara automatik oleh penulis apabila bahannya diterbitkan. Jika ditiru oleh pihak lain, maka orang itu telah melakukan pelanggaran hak cipta dan dia boleh dikenakan denda jika terbukti bersalah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Akta HakCipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah. | Lain-lain | 29.07.2009 |
Cerita2 Hikayat Hang Tuah adalah sebuah legenda yang tidak pasti kewujudannya. Bagaimana pula Hikayat Seniman Agung P. Ramlee dan Hikayat Tun Teja yang hidup di zaman Hang Tuah? Dan siapa pula Dang Anum dan Tun Fatimah? Bolehkah mereka dipanggil Serikandi? | Hang Tuah adalah tokoh legenda Melayu yang dipercayai oleh para sarjana tentang kewujudannya berdasarkan tulisan-tulisan yang terdapat dalam manuskrip Melayu dan tinggalan seperti pergi Hang Tuah di Melaka. Manakala Seniman Agung P. Ramlee yang terbukti kewujudannya melalui filem-filem lakonnya. Beliau dipanggil sebagai lagenda kerana keagungannya dalam bidang perfileman Melayu yang tiada tolok bandingnya. Tun Teja, Dang Anum dan Tun Fatimah pula adalah tokoh srikandi yang kisah mereka diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mereka digelar sebagai srikandi kerana semangat keberanian mereka dalam menegakan kebenaran. | Lain-lain | 31.05.2010 |
apakah yang dimaksudkan bahasa melambangkan negara terbilang? | Sesebuah negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan, yang juga menjadi bahasa rasmi negara berkenaan. Di Malaysia, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu sebagaimana tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem persekolahan di semua sekolah rendah kerajaan, menengah dan kemudian di peringkat universiti apabila ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di pusat pengajian tinggi awam diperluaskan. Melalui sistem pendidikan ini, bahasa Melayu menjadi alat utama adalam sistem pendidikan kebangsaan. Kesan daripada pelaksanaan sistem ini, terbukti ramai graduan tempatan dilahirkan dengan cemerlang hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menyumbang ke arah pembangunan negara dalam bidang ekonomi, pelajaran, politik, kesihatan, pertanian, perindustrian,pertahanan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan perlu dipertahankan, diperkasakan dan dikembangkan sesuai dengan ledakan maklumat semasa agar bahasa kebangsaan tidak statik, sebaliknya mampu dijadikan bahasa ilmu, bahasa komunikasi sosial, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang, bahasa teknologi maklumat dan bahasa perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjana ke arah menjadikan sesebuah negara itu terbilang. | Lain-lain | 03.03.2008 |
Adakah perkataan 'suatu hari' dan 'satu hari' membawa maksud yang sama? TQVM | Suatu hari merujuk kepada hari yang belum pasti atau abstrak. Misalnya, suatu hari nanti akan terbukti juga kesalahan yang telah dilakukannya itu. Satu hari merujuk bilangan hari, seperti hari Sabtu. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih. | Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.07.2009 |