Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
soalan kefahaman Pemahaman dan penghayatan semangat 1 malaysia sebenarnya tidak terbatas pada keadaan saling mengenali dalam kalanan masyarakat majmuk ini tetapi sebenarnya ia menuntut pemahaman yang lebih mendalam terhadap adat dan kebudaya sesuatu kaum,berikan pendapat anda?? bagaimanakah saya menjawab soalan iniapakah isi yang diperlukan? | Bagi menjawab soalah jenis pendapat, tuan perlu memahami pertanyaan utama. Tuan perlu mengemukakan idea mengenai masyarakat majmuk, adat dan kebudayaan sesuatu kaum. Tuan juga perlu memberi pandangan berkenaan isu dan idea baru pemahaman terhadap adat dan kebudayaan. Bagi tujuan itu, tuan perlu banyak membaca tentang adat dan kebudayaan. | Tatabahasa | 25.10.2013 |
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI" | Saudara, Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); Makna perkataan sejati: asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |
Makna dikotomi | dikotomi: pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi menyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan kehidupan. | Makna | 21.06.2009 |
Salam sejahtera. Ayat 1: Hari ini ialah hari cuti. Ayat 2: Hari ini hari cuti. Adakah kedua-dua ayat betul? Kata pemeri adalah opsyenal dalam ayat? Terima kasih. | Menurut buku Tatabahasa Dewan, penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
soalan Bolehkah terangkan dengan detail tentang a)Apakah definisi pantun b)Jenis pantun c)Ciri-ciri pantun d)format pantun e)tujuan pantun | Sdr. Zaini, Jawapan bagi soalan ini dimasukkan dalam lampiran jawapan yang bertajuk [PUISI TRADISIONAL - PANTUN] kerana ruangan ini amat terbatas dan menyukarkan saya untuk menjawab beberapa soalan sekali gus. sekian, terima kasih. | Sastera | 14.05.2012 |
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan. | Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku. | Lain-lain | 03.10.2012 |
Tuan, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'sidentri'? 2. Frasa 'Dalam perkataan lain' atau 'Dengan perkataan lain'? 3. Apa beza 'secara leluasa' dan 'berleluasa'? | 1. Perkataan "sidentri" tidak ada dalam sumber rujukan kita. 2. Ungkapan yang betul ialah "dengan perkataan lain". 3. Secara leluasa bermaksud secara tidak terbatas atau tersekat-sekat (dari segi perbuatan, kelakuan dan sebagainya), manakala secara berleluasa bermaksud berbuat sesuatu dengan bebas atau sesuka hati). merujuk kedua-dua makna ini tidak ada perbezaan yang jelas antara kedua-dua ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 20.05.2009 |
apakah pengertian filologi dari sudut sastera | Secara umum, filologi bermaksud kajian saintifik terhadap bahasa dan kesusasteraan. Dalam pengertian yang lebih khusus filologi ialah ilmu pengkajian naskhah yang bercetak atau bertulis tangan. Kajian ini meliputi semua bahan bertulis atau bahan kesusasteraan untuk dihubungankan dengan konteks kebudayaan dan masyarakat pada masa naskhah itu ditulis. Kajian yang dilakukan tidak sahaja terbatas pada naskhah lama tetapi meliputi juga naskhah semasa. | Lain-lain | 04.09.2008 |
kata pemeri apakah yang paling sesuai untuk ayat berikut... Rumah agam itu ________ kepunyaan Tuan Mansor. Perkataan 'punya' tergolong dalam kata nama atau kata adjektif atau lain-lain ? sila jelaskan. | Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Walau bagaimanapun, penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. 'Kepunyaan' ialah kata nama dan 'punya' ialah kata kerja. Kata pemeri ialah tidak diperlukan dalam ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Pertanyaan saya mengenai kata pemeri 'ialah'. Buku rujukan menyatakan bahawa frasa kata kerja tidak boleh hadir selepas 'adalah'. Bagaimana pula dengan 'ialah' ? Adakah penggunaan kata pemeri 'ialah' dalam ayat berikut betul ? Ayat : Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. ataupun Ayat : Tugas Maya adalah sebagai pengawas yang mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Terima kasih. | Dalam Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, muka surat 264: ... penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. perlu juga diingatkan bahawa kata pemeri (ialah, adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu, ayat pertama "Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah" - betul | Tatabahasa | 14.04.2008 |