Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah yang dimaksudkan dengan terkapar? | Terkapar bermaksud terlantar atau terbaring tidak ketentuan. | Makna | 26.11.2012 |
adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telentang: Dia ~ badannya di lantai. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
terjelepok kepenatan di atas kerusi. terkedang kepenatan di atas kerusi. yang manakah betul? terima kasih. | Terjelepok bermaksud jatuh terduduk, manakala terkedang bermaksud terbaring mengunjur. Berdasarkan makna yang tersebut, ayat "terkedang kepenatan di atas kerusi" yang paling tepat. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
apakah perbezaan antara perkataan 'rebah' dengan perkataan'tumbang'? bolehkah anda jelaskan perbezaanya ? terima kasih.. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rebah bermaksud jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri. Tumbang ditakrifkan sebagai jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya; ~ harapan putus harapan. | Istilah | 01.04.2010 |
bolehkah perkataan terharu digunakan untuk perkara yang sedih? contohnya, terharu dengan pembunuhan itu. kerana kebiasaannya ia digunakan untuk perkara yang menyentuh hati tapi menggembirakan berbanding perkataan terkilan. | Terharu bermaksud berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya) seperti ia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu dan terharu tidak menggambarkan perasaan gembira. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Saya masih mempunyai kemusykilan mengenai 'Merisik Khabar', Sudirman, walaupun telah merujuk di 'Carian Kata' Adakah perkataan 'kapar' itu digunakan dalam konteks yang betul? Terima kasih. Azhar Lagu: Terkapar-kapar ku kelemasan Sakit dilambung ombak kerinduan Di dalam tidur di dalam jaga Diburu oleh mimpi yang serupa Mengapa aku jadi tak menentu Keranamu... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, terkapar bermakna terbaring (tidak berketentuan). Untuk mengetahui sebarang makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Harap maklum. | Makna | 10.12.2008 |
Salam tuan di talian, Apakah perkataan terlentang dalam ayat contoh di bawah betul penggunaannya. 1. Pak Pandir jatuh terlentang kerana terpijak kulit pisang. 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, 3. Pak Pandir jatuh tertelentang kerana terpijak kulit pisang. Semoga mendapat jawapan yang segera daripada tuan. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, telentang bermaksud terbaring dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Ramai wartawan atau pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan penggunaan perkataan TERLANTAR yang acap digunakan untuk merujuk kepada orang yang sakit. Contoh ayat : 1. Datin Orkid Abdullah kini TERLANTAR sakit ketumbuhan. 2. Ibu Halimah TERLANTAR sakit di hospital. Jika dilihat dari konteks makna, maksud perkataan TERLANTAR ialah terbiar tanpa penjagaan dalam tempoh yang lama. | Antara maksud terlantar termasuklah dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, tetapi saudara juga perlu merujuk makna terlantar yang pertama, iaitu terletak atau terbaring (di). Berdasrkan makna yang tersebut penggunaan kata terlantar adalah betul tetapi ayat itu perlu diperbetulkan menjadi "Datin Orkid Abdullah kini terlantar di rumahnya kerana sakit ketumbuhan". | Tatabahasa | 02.05.2011 |