Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk ayat berikut: Peserta Kursus Akademik Terbaik atau Peserta Kursus Terbaik Akademik. | Encik Muhamad, Ayat yang paling sesuai ialah Peserta terbaik Akademik jika kita ingin mencari peserta terbaik daripada kesemua peserta atau Peserta terbaik dari segi Akademik, | Tatabahasa | 06.12.2010 |
Anugerah Terbaik Subjek @ Anugerah Subjek Terbaik? (pelajar mendapat markah tertinggi dlm subjek) | Frasa yang betul ialah "Anugerah Subjek Terbaik". | Tatabahasa | 20.11.2024 |
Majlis Penghargaan Pengguna Terbaik Bulanan Perpustakaan KBS @ Pengguna Bulanan terbaik | Pengguna Terbaik Bulanan | Tatabahasa | 14.01.2011 |
karangan contoh terbaik ngan contoh karangan terbaik? yang mana satu betul? sebab rumah contoh kan bukan contoh rumah, betul? jadi sepatutnya gunakan karangan contoh ?tapi dah biasa gunakan contoh karangan... jadi? | Frasa "rumah contoh" adalah betul mengikut hukum D-M (diterangkan dan menerangkan) sama seperti rumah agam dan rumah baharu. "Contoh karangan terbaik" pula membentuk ayat yang lengkap, "contoh karangan" - frasa nama dan "terbaik" - adjektif. Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengatakan karangan contoh terbaik kerana pola ayat itu tetap betul. | Tatabahasa | 11.07.2011 |
Apakah ayat yang paling sesuai untuk ditulis pada selempang : Peserta Khatam Terbaik atau Peserta Terbaik Khatam | Ayat yang betul ialah "Peserta Khatam Terbaik". | Tatabahasa | 12.12.2024 |
Tuan, adakah ayat ini betul. Berikan yang terbaik, untuk membentuk diri si manja yang terbaik. Terima Kasih. | Berikan yang terbaik, untuk membentuk diri si manja yang terbaik. Ayat ini betul dan lazimnya digunakan dalam laras iklan. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
terbaik | Salam sejahtera, Tuan, Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 18.07.2019 |
Tuan, Apakah terjemahan yang betul bagi "Brings out the best out of him". Contoh ayat. "The best food for him, brings out the best out of him". Adakah ini betul, "Makananan yang terbaik untuknya, menyerlahkan yang terbaik daripadanya"? Terima Kasih. | Terjemahan yang diberikan adalah betul. Cadangan yang lain ialah 'Makanan yang terbaik menyerlahkan yang terbaik daripada seseorang'. | Lain-lain | 18.10.2011 |
Tuan. Adakah ayat ini betul? "Susu Dutch Lady. Yang terbaik untuknya, yang terbaik daripadanya". Nya itu adalah merujuk pada kanak-kanak. Adakah ayat ini betul? | Dalam laras iklan, ayat tersebut boleh diterima. Walau bagaimanpun ayat tersebut mestilah berkaitan dengan visual yang dipaparkan. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Salam tuan, Yang manakah 'contoh' ayat yang lebih tepat untuk paparan: i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2020 ii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2020 iii. Anugerah Pereka Grafik Terbaik Tahun 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman iv. i. Anugerah Pereka Grafik Terbaik 2020 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Sekian, terima kasih | Salam sejahtera, ayat yang betul ialah ayat pertama dan kedua. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.09.2020 |