Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
carian kata bagi "tidak teratur" | Tidak teratur bermaksud tidak disusun dengan baik. | Makna | 30.12.2009 |
apakah maksud kerancuan bahasa | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat Kata rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Kata kerancuan bermaksud keadaan rancu, tidak teratur. Kerancuan bahasa bermaksud keadaan penggunaan bahasa yang tidak teratur, mencampuradukkan bahasa, iaitu bahasa Melayu dengan bahasa lain. | Lain-lain | 20.03.2008 |
Saya memerlukan pendapat tentang kerancuan bahasa dan kesannya terhadap pembakuan bahasa Melayu. | Kerancuan bahasa Melayu amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan SMS. Rancu bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau. Ini bermakna bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi. Keadaan ini akan menyebabkan pembakuan bahasa Melayu mengalami cabaran kerana pengguna tidak menggunakan bahasa baku atau bahasa standard yang telah diterima pakai dalam konteks akademik dan profesioanal. | Lain-lain | 10.01.2008 |
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya. | Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih. | Tatabahasa | 23.10.2008 |
Ayat yang lebih teratur diantara 2 di bawah: "The midland city of Johor" Atau "The midland city of Johore" | Kedua-dua bentuk ayat adalah betul, teks bahasa Inggeris boleh mengekalkan ejaan Johore tetapi tidak salah jika menggunakan ejaan Johor (nama khas). | Ejaan | 28.10.2011 |
maksud perkataan strategi | Antara maksud strategi ialah rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. | Makna | 12.08.2009 |
maksud sempurna | Makna sempurna ialah tidak ada cacat celanya(kekurangannya; lengkap;baik lagi teratur; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4 halaman 1442. | Makna | 03.09.2007 |
makna lintang-kedak | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-kedak bermaksud tidak teratur (letak sesuatu dll). | Makna | 14.02.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan kerancuan bahasa? | Menurut Kamus Dewan, kerancuan dikaitkan dengan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan atau kekeliruan.Kerancuan bahasa merupakan kekacauan atau kekeliruan yang berlaku dalam bahasa. Bagi melihat contoh ayat, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 22.07.2007 |
sila berikan maksud kerancuan bahasa dan sertakan contoh-contohnya. Terima Kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga kerancuan bermaksud tidak teratur, campur aduk, kacau(bahasa). Sila rujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melalui dengan melayari Laman Web DBP untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini atau rujuk akhbar-akhbar tempatan, buku atau majalah di pasaran. | Makna | 13.03.2008 |