Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mengapakah DBP menetapkan ejaan 'swasambada' sebagai baku (terakam dalam kamus dewan) dan bukannya swasembada seperti yang terakam dalam kamus besar bahasa Indonesia yang mungkin lebih tepat kerana dalam kamus dewan dam kbbi menyenaraikan kata dasar swasembada yakni 'sembada' (swa- + sembada) sebagai entri baku bukan sambada (tiada dalam kedua - duanya). | Swasambada dalam Kamus Dewan dilabelkan sebagai Bahasa Indonesia. Oleh itu, apabila terdapat kekeliruan antara data Kamus Dewan dengan Kamus Besar Indonesia maka data Kamus Besar Indonesia lebih persis. | Tatabahasa | 30.10.2018 |
Dalam korpus DBP, berapa banyak kalikah kata 'cangkerang' terakam dan berapa banyak kali pula kata 'cengkerang' terakam? | Data korpus DBP boleh diakses oleh pengguna melalui laman web www.dbp.gov.my. Pilih menu yang berkenaan satu demi satu: Perkhidmatan, Produk Penyelidikan Bahasa Melayu, Pengkomputeran Bahasa dan akhirnya Pangkalan Data Korpus. Kami berharap pengguna dapat menggunakan kemudahan yang ada dan memanfaatkan data berkenaan dengan sebaik-baiknya. | Lain-lain | 19.11.2018 |
Adakah wujud perkataan "Hasil Muwasil" atau "Hasil Muasil"? | Tidak terakam frasa hasil muwasil atau hasil muasil dalam kamus terbitan DBP. Yang terakam ialah kata hasil dan kata terbitannya serta kata walhasil. Kata walhasil dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah seperti yang berikut: walhasil kata nama 1 dan hasilnya atau akibat daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya; kesudahan: Contoh penggunaan Walhasil saya cuma ketawa semasa menonton drama yang mengarut itu. kata adverba 2 pada hakikatnya: Contoh penggunaan Walhasil, segala bentuk ketaatan, ketundukan dan kepatuhan kepada Allah merupakan ibadah. ASAL: [daripada Arab wa’l-il ‘dan hasilnya, kesimpulannya’] | Makna | 07.10.2023 |
Saya mahu memastikan apakah maksud perkataan menyerkapkan? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak terakam kata terbitan menyerkapkan. Yang terakam ialah kata menyerkap dan menyerkapi. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 04.12.2024 |
Makna marapuan dan primarama (terakam dalam daftar rumi-jawi). | Kata marapuan dan primarama hanya terakam dalam daftar rumi-jawi tetapi makna kedua-dua kata tersebut tiada dalam pangkalan DBP. Carian kami di Internet mendapati marapuan ialah kata sukuan Sabah seperti dalam ayat ‘ Sistem hubungan kekerabatan negara Toraja didominasikan oleh kelompok yang disebut marapauan atau pa’rapuan.' | Makna | 09.07.2018 |
Apakah maksud graduasi, dari mana asal perkataan ini dan bolehkah digunakan dalam bahasa Melayu? | Tiada kata graduasi terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Hanya kata graduan yang terakam dalam kamus, iaitu mahasiswa yg akan menerima ijazah pd hari penyampaian ijazah. | Lain-lain | 29.09.2010 |
apakah maksud senuk/senok? atau mungkin ada ejaan yang hampir sama dengan perkataan itu? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, tidak terakam kata senuk atau senok. Walau bagaimanapun, kata senuk terakam dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara bermaksud tapir, tenuk. | Lain-lain | 09.07.2010 |
yang mana betul, harapkan paga, pagar makan padi atau harapkan pegar, pegar makan padi. mohon pencerahan. terima kasih. | Peribahasa yang terakam dalam buku peribahasa ialah "harapkan pagar, pagar makan padi". Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan.
| Tatabahasa | 29.09.2014 |
apakah perbezaan insiantif dan inisiantif | Tiada kata inisiantif dan insiantif terakam dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata yang terakam ialah inisiatif dengan makna seperti yang berikut: inisiatif kata nama 1 daya usaha, tindakan dan lain-lain yang mula-mula diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah, menangani sesuatu projek dan sebagainya: PBSM menawarkan skim kewangan dan inisiatif dalam usaha meningkatkan kemahiran buruh tempatan. 2 kebolehan untuk melihat apa-apa yang perlu dilakukan dan berusaha untuk menjayakannya: Inisiatif menggunakan emas dalam penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 829 kamus ini. | Ejaan | 16.11.2023 |
dari mana asal usul perkataan tetek-bengek? adakah daripada negara indonesia? | Dalam Kamus Bahasa Melayu (1960) susunan Sir Richard Winstedt terakam kata tetek-bengek berlabel Dj. yang bermaksud Jakarta. Kata tersebut juga telah terakam dalam Kamus Dewan (1970) hingga Kamus Dewan Perdana (2020)(tanpa label dan maklumat etimologi kata). Data korpus penggunaan kata ini membuktikan tetek-bengek telah lama digunakan dalam karya-karya berbahasa Melayu di negara kita. | Lain-lain | 29.05.2024 |