Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, saya tengok iklan banyak menggunakan baharu untuk terjamahan "new". Contohnya, "Perisa Baharu". Adakah salah kalau "Perisa Baru" digunakan? Kerana ada juga saya terlihat iklan yang tertulis "Piza Baru". Terima Kasih. | Frasa peris baru atau perisa baharu, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan piza baru atau piza baharu. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Tuan, antara ayat berikut yang manakah betul? (1) "Tengok tu, asal nampak saja auntie mulalah dia masuk dan memerap di bilik." (2) "Tengok tu, asal nampak auntie saja mulalah dia masuk dan memerap di bilik." | Ayat kedua lebih baik daripada ayat pertama. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Saya ingin tahu adakah sebarang kesalahan dalam ayat di bawah? "Anda nak samakan perkataan akar, 'tengok' dan 'kejar' saya, yang ditulis secara tidak formal tanpa imbuhan dengan kesilapan anda mengeja 'taniah' dan menambah imbuhan tidak wujud seperti 'berasuah'." | Tuan, 1. Adakah sdr meminta kami menyemak ayat sdr ini yang menggunakan ayat jenis dailog (penulisan kreatif)? Anda nak samakan perkataan akar, 'tengok' dan 'kejar' saya.,yang ditulis secara tidak formal tanpa imbuhan dengan kesilapan anda mengeja 'taniah' dan menambah imbuhan tidak wujud seperti 'berasuah'."Mohon sdr memperincikan soalan ini. 2. Ejaan yang tepat ialah tahniah. 3. Kata terbitan untuk kata "rasuah" seperti perasuah dan merasuahi. | Lain-lain | 09.04.2009 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur (d) Bandar Raya Kuala Lumpur Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
"Hmm... nanti kau boleh tengok sendiri macam mana bandaraya Kuala Lumpur," ujar Siti. Tuan, yang manakah betul? (a) bandaraya Kuala Lumpur (b) bandar raya Kuala Lumpur (c) Bandaraya Kuala Lumpur Terima kasih. (d) Bandar Raya Kuala Lumpur | Ejaan yang betul ialah bandar raya Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
Ini mengenai istilah BM, SALUN. Dalam BI ialah SALOON. SALOON maknanya ialah tempat orang minum arak. Kalau kita tengok cerita koboi, SALOON ialah tempat koboi minum arak dan berseronok. Di Malaysia apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai ejaan kedai kecantikan iaitu SALUN Kecantikan yang diterjemahkan dari BI, Beauty SALON. Cadangan saya iaalh pihak DBP membetulkan tentang ejaan SALUN Kecantikan kepada SALON Kecantikan. Saya menulis kepada pihak DBP kerana saya pernah ditanya oleh beberapa orang profesor luar negara tentang makna Salun Kecantikan. Saya adalah seorang pensyarah di UPM. Tolong pertimbangkannya. | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, salun bermaksud 1. ruang (bilik besar dan sebagainya) untuk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sebagai tempat perniagaan), sejenis kedai atau tempat perniagaan. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf. Dalam konteks ini huruf "oo" dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi "u" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, saloon menjadi salun, cartoon menjadi kartun, tattoo menjadi tatu dan sebagainya. | Istilah | 01.10.2012 |
Assalamualaikum Mohd Ayub dihantar gambar ini dan ingin dapati nasihat DBP samada perkataan 'sekendhend' wujud dalam bahasa kita. Tolong tengok lampiran fail. Sekian Mohd Ayub Bin Ladin | Untuk makluman tidak ada perkataan "sekendhand" dalam bahasa Melayu. Dalam pangkalan data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris second hand ialah terpakai atau barang terpakai. | Istilah | 01.11.2012 |
Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
|
Puisi |
---|
|
Anak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri.
Lihat selanjutnya... |
|