| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Nama tempat 'Klang atau Kelang' ke yang betul. Contoh :- Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang atau Kelang ? | Ejaan yang betul ialah Klang. Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. | Ejaan | 28.03.2008 |
| Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Nama saya Abdul Aiman pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ingin mengajukan satu soalan.Adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berminat dan mengalukan sekiranya kami ingin mengetengahkan hasil penulisan karya pelajar ke dalam majalah-majalah pihak DBP.Inisiatif ini bagi menggalakkan penulisan karya dalam kalangan pelajar disamping untuk mengasah bakat dan menggalakkan para pelajar dalam menghasilkan karya-karya.Usaha ini sesuai dengan matlamat DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu disamping melahirkan pelajar berintelek dalam berkarya seterusnya melahirkan serta mengcungkil bakat pelajar yang terpendam.Moga-moga usaha ini dapat dititikberatkan oleh pihak DBP.Moga Allah memberi keberkatan dan kerahmatan diatas keputusan pihak tuan dalam memutuskan apa jua keputusan.Moga keputusan tersebut memberi faedah bersama. | Assalamualaikum/ Selamat sejahtera, Tuan/ Puan yang dihormati, Waalaikumussalam Encik Abdul Aiman. Terima kasih kerana berminat untuk menghantar karya kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami dari Bahagian Majalah sangat mengalu-alukan kiriman karya daripada penulis. Untuk makluman tuan, bagi penulis dalam kalangan remaja atau pelajar dari Institut Pendidikan Guru atau institusi pengajian tinggi awam atau swasta, majalah yang sesuai untuk penghantaran karya ialah majalah Dewan Siswa (DS) danTunas Cipta (TC). Tuan dan rakan bolehlah menghantar karya kreatif (cerpen atau puisi) dan karya bukan kreatif (rencana, berita dan lain-lain) kepada editor majalah yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, tuan bolehlah merujuk ruangan yang disediakan dalam majalah yang berkaitan untuk mendapatkan lebih kefahaman tentang karya diperlukan. Tuan dan rakan bolehlah e-melkan karya yang berkaitan kepada editor DS melalui e-mel, yusaida@dbp.gov.my dan penolong editor DS, suhaila@dbp.gov.my atau editor TC melalui e-mel, noorisa@dbp.gov.my dan penolong editor TC, syafiqahkhalid@dbp.gov.my. Selamat berkarya. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.11.2019 |
| Jika 'tuanku' digunakan sebagai kata ganti nama diri kedua untuk RAJA dan SULTAN, apakah kata ganti nama diri kedua yang sesuai digunakan oleh rakyat jelata atau bangsawan ketika berbicara dengan RANI/MAHARANI/RATU/SULTANAH/TENGKU AMPUAN/PERMAISURI atau siapa-siapa sahaja yang bertakhta dan berjantina perempuan? | Berdasarkan rujukan kami, kata nama ganti diri yang kedua boleh digunakan ialah tuanku yang merujuk kepada raja atau sultan dan isteri baginda. | Lain-lain | 30.01.2019 |
| Kami ingin mendapatkan pengesahan gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku: Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.) Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.) Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.) Yang Mulia - (Y.M.) Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon pengesahan berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut: 1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail 2. Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail 3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor 4. Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor 5. Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 6. Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Razaleigh Hamzah 7. Yang Mulia (Y.M) Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias Sekiranya terdapat garis panduan atau rujukan rasmi berkaitan penggunaan gelaran tersebut dalam penerbitan, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebagai panduan untuk percetakan "Coffee Table Book KWSP". Kami memohon pihak Tuan dapat mempercepatkan urusan ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini adalah pada 5/8/2026. Kami sertakan contoh kapsyen yang akan dicetak nanti di lampiran fail. Terima kasih. | Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan. Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.
| Lain-lain | 03.08.2026 |
| Saya pernah menjadi peserta penulisan kreatif JPS dan DBP pada 13 Mei 2011. Saya mempunyai koleksi cerpen dan puisi. Solaan saya: 1. Saya ingin menerbitkan karya-karya saya, sebagai bukti untuk mendorong pelajar-pelaar saya di sekolah, bagaimana langkah permulaannya?. 2. Beberapa karya saya yang diterbitkan di Berita Harian, bolehkah diterbitkan melalui DBP? Saya seorang guru di SAM(T) Tengku Ampuan Rahimah, Sg Manggis, | Saudara boleh menghantar karya sastera berupa sajak, cerpen dan lain-lain kepada Puan Rozninah Abd. Azib, Editor majalah Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur melalui e-mel beliau: rozninah@dbp.gov.my atau Puan Puan Haziah Che Husin, Penolong Editor majalah Dewan Sastera melalui e-mel: haziah@dbp.gov.my. Untuk makluman saudara pihak penerbit yang telah menerbitkan sesuatu karya menjadi pemegang hak cipta karya berkenaan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010. | Lain-lain | 11.07.2011 |
| Kami ingin mendapatkan kepastian sama ada gelaran rasmi berikut boleh menggunakan singkatan, terutamanya dalam kapsyen gambar dan kandungan buku seperti di dalam lampiran. Duli Yang Maha Mulia - (D.Y.M.M.) Yang Teramat Mulia - (Y.T.M.) Yang Berhormat Mulia - (Y.B.M.) Yang Mulia - (Y.M.) Bagi tujuan tersebut, kami juga memohon kepastian berhubung penggunaan gelaran bagi nama-nama berikut: 1.Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail 2.Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail 3.Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor 4.Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajah Rahimah binti Almarhum Sultan Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah, Tengku Ampuan Selangor 5.Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 6.Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah 7.Yang Mulia Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat berkongsikannya sebarang rujukan rasmi atau garis panduan kepada kami dan dapat menyegerakan urusan kami ini kerana tarikh akhir untuk mencetak buku ini ialah pada 5/8/26 | Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya: Panggilan Hormat Diraja yang digunakan ialah KDYMM dan DYMM bagi Raja-raja Melayu mengikut negeri-negeri yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, puan boleh rujuk surat pekeliling berkenaan. Buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (terbitan DBP) menggunakan kaedah penulisan yang sama seperti dalam surat pekeliling bagi gelaran hormat raja-raja dan buku Gaya Dewan, Edisi Keempat (terbitan DBP) di bawah tajuk Singkatan dan Akronim juga menggunakan kaedah penulisan yang sama. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian bagi gelaran hormat Raja-raja Melayu berserta nama yang betul kami mencadangkan puan berhubung terus dengan bahagian yang berwenang dalam urusan berkenaan, iaitu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja manakala gelaran hormat yang lain boleh rujuk surat pekeliling yang dinyatakan.
| Lain-lain | 03.08.2026 |
| Apakah terjemahan kepada Her Majesty The Queen Mother, Her Majesty The Queen Dowager dan Princess Consort? Apakah maksud Ampuan? Apakah perbezaan ejaan Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan? | 1. DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. atau Institut Terjemahan Negara (ITBM) pautan ada di laman utama KNDBP. 2. Gelaran yang lengkap ialah tengku ampuan, iaitu gelaran yang dikurniakan kepada permaisuri sultan, yang berdarah raja. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2324] 3. Yang Dipertuan ialah gelaran dalam penulisan sastera klasik merujuk pada raya yang memerintah sesebuah negeri. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2521] 4. Gelaran yang lengkap ialah Yang di-Pertuan Agong yang digunakan untuk merujuk pada Ketua Negara Malaysia atau Yang di-Pertuan Besar yang digunakan untuk merujuk pada ketua negeri, Negeri Sembilan. [Rujukan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2521] | Lain-lain | 16.03.2025 |
| Boleh sila semak ayat serta ejaan di bawah betul atau tidak... terima kasih. ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14HB APRIL 2009 BERSAMAAN 18HB RABIULAKHIR 1430H DI-BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTI | Teks yang betul adalah seperti yang berikut : ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14 APRIL 2009 BERSAMAAN DENGAN 18 RABIULAKHIR 1430H DI BALAIRUNG SERI, ISTANA BESAR, SERI MENANTI. | Tatabahasa | 01.04.2009 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata tengku ampuan. |
|
|