Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud peribahasa "bagaikan sireh pulang ke ganggan | Saudara, Maksud peribahasa ini ialah kena pada tempatnya. | Lain-lain | 09.03.2010 |
apa yang di maksud MAMBANG | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, mambang ialah sejenis hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keemapt. | Makna | 12.09.2008 |
Tuan, apakah maksudnya seperti hujan jatuh ke pasir, | Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, hujan jatuh ke pasir bermaksud berbuat baik bukan pada tempatnya. | Tatabahasa | 21.08.2013 |
Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang yang diperlukan oleh nenek Swee Lan untuk membuat kuih bakul. A.Berikut adalah senarai barang-barang B.Adalah yang berikut senarai beberapa barang C.Yang berikut adalah senarai beberapa barang D.Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang Jawapan yang diberikan adalah C. Selain tempatnya indah, kami tertarik dengan keindahan seni bina rumah di kawasan ini. A.kami tertarik keindahan seni bina B.kami tertarik tentang seni pembinaan C.kami tertarik oleh keindahan seni bina D.kami tertarik dengan keindahan seni bina Jawapan yang diberikan adalah C. Saya ingin mengetahui sebab kedua-dua jawapan tersebut adalah betul. Sekian, terima kasih. | 1. Tiada jawapan yang betul kerana kata pemeri adalah perlu diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, dari, daripada, dll. Jawapan C akan menjadi betul sekiranya perkataan adalah digantikan dengan ialah. 2. Jawapan yang betul ialah D, bukan C kerana jawapan C untuk kata tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu. | Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira: the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja. | Makna | 07.09.2012 |
SAYA INGIN MENDAPATKAN BIO-BIBLIOGRAFI DARAMATIS HATTA AZAD kHAN Terima Kasih | Bio - Bibliografi Hatta Azad Khan : 6.Hatta Azad Khan dan teater kontemporari di Malaysia Krishen Jit Dewan Sastera 15/03/1982 . 7. Berkisarnya legenda Jebat dalam drama Hatta Azad Khan. olehSafri Ali .Berita Harian 03/05/1987 . 8. Hatta Azad Khan oleh Wan Ahmad Ismail Bacaria 04/09/1991. 9. Hatta Azad Khan arah Tun Perak Mingguan Malaysia 19/03/2000. 10. Hatta Azad Khan persiakan karya Usman Awang: percubaan yang tidak kena pada tempatnya oleh Abdullah Ngah Berita Harian 30/12/1982. 11. Istana Budaya: Hatta Azad Khan perlu lebih rasional oleh Zamri Pilus Utusan Malaysia (Sastera dan Budaya) 27/03/2002. 12. UKM kehilangan Hatta Azad Khan oleh Ibrahim Shah Mingguan Malaysia 19/12/1993. | Lain-lain | 08.06.2007 |
Bagaimana menulis rujukan berikut: Alison, L.J., Snook, B. and Stein, K.L., 2001, 'Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forensic Research', Qualitative Research, vol. 1, no. 2, pp.241-54 ke dalam B Malaysia. Terima kasih. | Sdr. Liza, Dalam Bahasa Melayu, penulisan bibliografi yang saudara berikan itu ialah seperti yang berikut: Alison, L.J., Snook, B. dan Stein, K.L., 2001. Unobtrusive Measurement: Using Police Information for Forencis Research. Kajian Kualitatif, jil.1, bil. 2, hlm. 241-54. (Selepas hlm. 241-54, mohon masukkan kajian kualitatif ini dilakukan di mana - masukkan tempatnya, contoh: hlm. 241-54. Jabatan Kajian Forensik, Universiti Malaya. | Lain-lain | 12.01.2010 |
segala yang berkaitan dengan buaya, maksud, peribahasa, pantun, istilah, dan lain-lain....juga kearamat | Antara peribahasa yang berkaitan dengan buaya ialah; Adakah buaya menolak bangkai? Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. 2 . Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. 3 . Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Orang yang diam jangan disangka pengecut. 4 . Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. 5 . Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia. 6 . Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kurik KUndi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan himpunan pantun-pantun Melayu. Harap maklum. | Lain-lain | 27.11.2007 |
Merujuk kepada buku teks tingkatan 1 Sejarah, pada mukasurat 60, susunan bendahara dalam kerajaan Melaka menyatakan bahawa selepas Tun Perak meninggal, beliau diganti oleh Tun Perpatih Putih. Manakala pada mukasurat 91, selepas kematian Tun Perak, beliau diganti oleh Tun Mutahir.Saya rasa terdapat kesilapan pentafsiran.Maklumat yang manakah benar? | Merujuk kepada susunan bendahara Melaka dalam Buku Teks Tingkatan 1 halaman 60 (pencerna minda), dan halaman 91 (kelemahan kepemimpinan), dijelaskan bahawa tiada kesilapan pentafsiran pada fakta tersebut. Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498, sultan Mahmud Syah telah melantik Tun Perpatih Putih, iaitu adik kepada Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Walau bagaimanapun, Tun Perpatih Putih tidak lama menjadi bendahara, iaitu kira-kira dua tahun sahaja (1498-1500). Tempatnya diganti oleh Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka ke-7. Pada halaman 91, Bendahara Tun Perpatih Putih tidak dinyatakan disebabkan sumbangannya yang tidak begitu ketara. Tambahan lagi, halaman 91 menekankan tentang kelemahan kepemimpinan yang begitu ketara dan permulaan kejatuhan kerajaan Melaka pada masa Tun Mutahir menjadi Bendahara. Diharapkan dengan penjelasan ini, tiada lagi kekeliruan fakta yang berbangkit tentang susunan bendahara di Melaka. | Lain-lain | 15.05.2010 |
Mengapakah Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai genre epik Melayu ? | Epik sebagaimana diketahui dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Epik Rakyat (Folk Epic) dan Epik Seni (Art Epic). Epik Rakyat biasanya dihubungkan dengan sifat lisannya. Ia kadang-kadang dipanggil juga Epik Primer (Primary Epic). Epik ini biasanya memakan masa beberapa generasi untuk muncul dalam bentuknya seperti sekarang. Ia mungkin bermulai dari legenda dan saga keperwiraan yang kemudian ditokok tambah menjadi sebuah epik yang lengkap. Epik Rakyat bukanlah seorang pengarang, ia adalah himpunan daripada khazanah negara, oleh itu ia tiada mempunyai nama pengarang. Epik Rakyat boleh diturunkan dalam bentuk prosa mahupun bentuk puisi. Jika melihatkan kepada HHT, ciri-ciri epik rakyat ada pada HHT. Kita lihat kebanyakan tokoh sarjana Barat tidak menganggap HHT sebagai sebuah karya sastera khasnya epik kecuali Kassim Ahmad. Adakah hal ini disebabkan hikayat ini sebuah karya prosa tidak sebagaimana definisi yang diberikan oleh C. High Holman dan J.A Cuddon, epik merupakan, “sebuah puisi yang panjang”. Sebuah epik mengikut beberapa kamus tidak semestinya dalam bentuk puisi (Webster’s New World Dictionary,Third College Edition, 1984). Ciri-ciri HHT dikenali sebagai sebuah epik ialah seperti yang berikut: 1) Wiranya seorang tokoh yang benar-benar wujud dalam sejarah dan diangkat menjadi tokoh legenda 2)Latar tempatnya yang luas, merangkumi berbagai-bagai negara, bahkan ke seluruh dunia, iaitu dunia yang diketahui oleh pengarangnya pada masa itu. Di dalam hikayat ini Hang Tuah memainkan dua peranan. 3)Wiranya seorang yang gagah dan mempunyai beberapa keistimewaan termasuk ilmu sakti 4)Ilmu Sakti Pembantu Wira 5)Epik ditulis dalam gaya bahasa yang tersendiri yang penuh dengan sifat-sifat kesederhanaan bagi mengangkat keperwiraan wiranya. | Lain-lain | 21.04.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempatnya |
|
Puisi |
---|
|
Serai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi.
Lihat selanjutnya... |
|