Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya pelajar uitm shah alam dan bercadang handak menubuhkan satu kumpulan gendang jalanan seperti yang telah ada sekarang iaitu gendang simfoni malaysia..konsep kumpulan kami ini hanya memainkan irama2 melayu,latin,arab,asli,tradisional menggunakan gendang sahaja.. Kesemua proses penubuhan sudah saya siapkan tapi masalah kami sekarang ialah nama kumpulan ini.. bagi tujuan komersial,saya ingin mendapatkan nama yang mudah dan melambangkan ciri2 malaysia agar nama dan konsep kumpulan kmi bercirikan malaysia..tidak terlalau panjang dan tidak susah untuk di sebut.. saya harapkan mendapat beberapa cadangan yang bernas dari pihak tuan bagi memartabatkan melayu di mata dunia.. sekain,Wassalam.. | Nama kumpulan saudara memang sudah menarik. Buat masa ini kami masih mencari nama yang lebih sesuai. Pihak kami akan menghubungi saudara sekiranya mendapat nama yang lebih baik. Terima kasih. | Tatabahasa | 28.09.2007 |
1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik. | Sila jelaskan soalan saudara. | Lain-lain | 08.12.2011 |
Adakah "exco" telah menjadi kosa kata BM? | kata 'exco' telah ada dalam kamus Dewan edisi ke-4. | Tatabahasa | 21.04.2008 |
Adakah kosa kata "burger" telah menjadi sebahagian kosa kata bahasa Melayu? Jika tidak, apakah kosa kata dalam bahasa Melayu? | istilah burger telah ada dalam Kamus Dewan Edisi ke-4. | Tatabahasa | 30.07.2007 |
SAYA BERMINAT UNTUK MEMULAKAN KARYA KEMAHIRAN SAYA ATAU MEWUJUDKAN PENULISAN DI DALAM BIDANG YANG SAYA MAHIR. HARAP BANTU SAYA DENGAN MEMBERIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU SAYA IKUTI JIKA MAHU MENERBITKAN BUKU SAYA. | Sila hubungi saya melalui telefon (0122440569) untuk keterangan lanjut. Jika sdr. telah ada bahan penulisan sila bawa bahan tersebut untuk disemak dan dinilai oleh editor DBP. | Lain-lain | 11.11.2011 |
Adakah penggunaan 'di mana' dalam ayat berikut betul? Jika tidak, tolong beri sebab. Pasar ialah tempat di mana ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dijual. Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Sekian, terima kasih. | Penggunaan "di mana" dalam ayat tersebut dianggap lewah kerana telah ada perkataan tempat. Ayat yang lebih gramatis ialah: Pasar ialah tempat ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dijual. | Tatabahasa | 30.12.2011 |
Ingin mengemukankan beberapa soalan dan memerlukan huraian secara terperinci. 1. Penggunaan perkataan t-shirt dan track suit. Soalan: Perlu diitalikan atau tidak? Huruf 't' pada perkataan t-shirt perlu besar atau tidak? 2. kundasang war memorial dan poring hot spring. Soalan: perlu atau tidak diitalikkan? sekiranya nama tempat tersebut tidak terdapat dalam bahasa melayu adakah ia tidak perlu diitalikkan? Contohnya: BI : kundasang war memorial BM : tugu peringatan kundasang 3.Perkataan waalaikumussalam. Soalan: Perlu diitalikkan atau tidak? Kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam kamus dewan. Adakah konteks penggunaannya sama dengan perkataan assalamualaikum? 4. perkataan mad wajib. Soalan: adakah ia merupakan kata nama khas? Sekiranya perkataan tersebut adalah kata pinjaman adakah ia perlu diitalikkan? | 1. T-shirt dan track suit telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu kemeja-T dan pakaian trek. 2. Begitu juga dengan war memorial telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu tugu peringatan atau tugu peringatan perang. Oleh itu Kundasang war memorial boleh diterjemahkan kepada Tugu Peringatan Perang Kundasang. 3. Perkataan waalaikumussalam tidak perlu diitalikkan. 4. Perkataan mad wajib ialah istilah khusus bahasa Arab dan perlu diitalikkan. | Tatabahasa | 08.05.2012 |
dalam ayat yang menggunakan "hanya", "adakah ayat itu boleh diakhiri dengan "sahaja" Contoh: Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera. atau Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera sahaja. Contoh2: Tugas itu hanya melibatkan Ali sahaja. atau Tugas itu hanya melibatkan Ali. | Hanya bermaksud tidak lebih daripada atau sahaja, oleh itu jika telah ada kata hanya tidak perlu lagi diakhiri dengan kata sahaja, contoh: Tugas itu hanya melibatkan Ali. | Tatabahasa | 20.05.2008 |
Selamat Sejahtera, bolehkan saya lebih memahami tentang "KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (KPBDBP)", adakah semua teks dalam iklan adalah dalam Bahasa Kebangsaan? Selain daripada BM, Bahada Inggeris langsung tidak bolek dipakai dalam iklan kami? Sekian Terima Kasih | Untuk makluman bahasa Melayu mesti digunakan untuk semua perkataan, kecuali nama khas seperti nama orang, jenama, tempat dan lain-lain. Bahasa lain seperti bahasa Inggeris boleh digunakan, dengan syarat versi bahasa Melayu teks iklan tersebut juga telah ada. | Lain-lain | 29.01.2013 |
Apakah ada perbezaan antara perkataan 'telah' dan 'sudah'? Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai perkataan setara dalam bahasa inggeris? Contohnya: have, has atau had = sudah was atau were = telah atau ada pengecualian/peraturan tertentu untuk menggunakannya? | Merujuk Kamus Dewan, kata telah sama maknanya dengan sudah. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata telah dan sudah dikategorikan sebagai kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa. Dalam bahasa Inggeris, perkataan already membawa maksud yang sama dengan telah dan sudah. | Tatabahasa | 19.12.2011 |