Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera! Ada wujud kata ganda yang berikut: teka-tekaan? Sekian, terima kasih! | Perkataan teka-tekaan bukan dikategorikan sebagai kata ganda. | Lain-lain | 12.08.2020 |
APE PERKATAAN YG SAMA ERTI DGN PERKATAAN DUGAAN DAN SANGKAAN | Saudara Liana, Perkataan dugaan sama erti dengan agakan, tekaan, ramalan, telahan, ujian dan cubaan, manakala perkataan sangkaan sama erti dengan dugaan, keraguan, kekhuatiran dan syak. | Makna | 29.04.2010 |
Assalamualaikum / Selamat sejahtera, Saya sedang menterjemah satu rencana di internet. Untuk pendekkan cerita, saya tidak dapat jumpa istilah sepadan bagi perkataan "fullerene" dan "buckyball"/"buckministerfullerene" di PRPM. "Fullerene" ialah satu jenis alotrop karbon yang berbentuk sfera berongga, tiub atau elipsoid, dan "buckyball" ialah sejenis "fullerene" sfera dengan 60 atom karbon. Soalan saya, apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan tersebut? Tekaan saya bagi terjemahan perkataan "fullerene" ialah "fulerina" kerana perkataan "benzene" diterjemahkan sebagai "benzena", atau "fulerin" kerana perkataan "fluorine" diterjemahkan sebagai "fluorin". Tetapi kedua-dua istilah itu tidak ditemui juga di PRPM. Bantuan pihak anda amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. | Untuk makluman, kedua-dua istilah "fullerene' dan "buckyball/buckministerfullerene" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan tatacara pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu untuk "fullerene" ialah fulerena. Istilah "bucky ball/buckministerfullerene" akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 24.06.2013 |
Tuan, di sekolah saya lazimnya menggunakan perkataan "sempena" sedangkan frasa "bersempena dengan" adalah betul. Contohnya: bersempena dengan Hari Guru, atau sempena Hari Guru? Ini ialah suatu persoalan yang sukar untuk saya, macam kedua-dua bentuk pun boleh digunakan sahaja? Tetapi pada pandangan saya, penggunaan yang betul patutlah "bersempena dengan", kerana "bersempena" bermaksud mengambil berkat daripada. Contoh ayat di dalam Kamus Dewan telah membuktikan tekaan saya ini. Contoh di dalam Kamus Dewan: Pertunjukan MAHA pd tahun ini diadakan bersempena dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh. Apakah pendapat tuan? | Kedua-dua perkataan boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.06.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekaan; |
|
|