Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud tatatertib? | Tatatertib ialah disiplin, iaitu peraturan yang mesti dipatuhi. | Makna | 08.04.2014 |
Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut. | Tatabahasa | 13.02.2025 |
Mana satu yang betul: 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | Ketiga-tiga ayat tersebut betul dan boleh digunakan, bergantung pada konteks penggunaannya dalam teks atau situasi tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015). | Tatabahasa | 20.02.2025 |
tatatertib adakah jarak atau rapat ejaannya | Ejaan yang betul - tatatertib | Ejaan | 30.09.2008 |
SAYA INGIN BERTANYA PERKATAAN :- 1. TATATERTIB DAN SALAH LAKU; ATAU 2. TATATERTIB DAN SALAHLAKU; MANA SATU YANG BETUL? SEANDAINYA SALAH LAKU 2 PERKATAAN KENAPA IA DUA PERKATAAN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA. TERIMA KASIH. | Awalan tata merupakan bentuk terikat dan oleh yang demikian dieja bersambung dengan kata yang mengikutinya. Kata salah dan laku merupakan kata tunggal yang boleh berdiri sendiri dan apabila membentuk rangkai kata salah laku perkataan ini dieja sebagai dua perkataan. | Ejaan | 24.10.2008 |
Memahami dan mematuhi tertib bekerja dalam bengkel atau Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkel | Ayat yang betul ialah Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkel. | Tatabahasa | 05.08.2014 |
Salam, adakah perkataan seperti 'tatacara', 'tatatertib', 'tatarakyat' dan 'tatabahasa' boleh dikategorikan sebagai kata majmuk? Terima kasih. | Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tata merupakan awalan kata nama sama seperti maha, juru, pra, supra dan lain-lain. Bentuk awalan tata-digunakan khusus untuk menerbitkan kata nama, yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan. Perkataan tatatertib, tatarakyat dan tatabahasa bukan kata majmuk. Kata majmuk dieja secara terpisah dan hanya bentuk yang mantap dieja satu perkataan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Sha Saerah Sulaiman Salam..sy mencari buku tatatertib penjawat awam.tak silap terbitan dbp | Sila hadir ke reruai DBP di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 di Dewan Tun Hussein Onn. Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 bermula 28 April 2017 hingga 7 Mei 2017. Terima kasih. | Lain-lain | 03.05.2017 |
penggunaan manakah yang betul,"Chef Adu menyediakan saian hidangan diraja mengikut tatacara/tatatertib yang betul" | Perkataan dan ayat yang betul ialah “Cef Adu menyediakan hidangan diraja mengikut tatacara yang betul” atau “Cef Adu menyediakan sajian diraja mengikut tatacara yang betul”. | Tatabahasa | 03.08.2018 |
apakah mksd disiplin????bagi seerti | Disiplin ialah latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib. | Makna | 04.04.2009 |