Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya selalu mendengar frasa industri asas tani. apakah sebenarnya industri asas tani ini? | Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai indusri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan. | Lain-lain | 23.11.2006 |
apakah maksud industri asas tani merujuk kamus dewan berserta halaman? | Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai industri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan. | Lain-lain | 12.07.2010 |
apakah komen pihak DBP penggunaan agribusiness di dalam jurnal?Bolehkah agribusiness tersebut dimasukkan sebagai perkataan atau ayat yang betul berkaitan perniagaan tani? | Agri kependekan perkataan agriculture dan dalam bahasa Melayu ialah pertanian/tani, apabila digabungkan dengan perkataan business menjadi agribusiness. Walau bagaimanapun gabungan kata (agribusiness) ini tidak ada dalam bahasa Melayu dan istilah yang diterima pakai untuk maksud yang tersebut ialah perniagaan tani. | Lain-lain | 08.10.2010 |
Salam Mohon tanya sama ada ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan/penjelasan) 1.Orang ramai membeli belah di pasaraya. 2.Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. 3.Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. 4.Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. Izani Hj. Daud. | 1. Orang ramai membeli belah di pasaraya. - ejaan yang betul ialah membeli-belah dan pasar raya 2. Ramai orang di Pasar Tani Wakaf Che Yeh. - ayat tergantung, ramai orang ______ di Pasar Tani 3. Ibu memasakkan ayah bubur nasi untuk membuka selera ayah yang sedang mengalami sakit tubuh badan. - betul 4. Gejala rasuah kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini. - betul | Tatabahasa | 02.08.2011 |
Orang ramai ...... pergi ke pasar tani itu pada setiap hari minggu. Antara 'berpusu-pusu' dan 'berbondong-bondong' yang mana paling sesuai dijadikan jawapan untuk soalan di atas. | Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu , kedua-duanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai. Kedua-duanya sesuai bagi konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 08.08.2012 |
1.Pelajar baharu atau pelajar baru. 2.Suasana di pasar tani itu riuh-rendah dengan suara penjual ikan. Penggunaan dengan betul atau salah | 1. Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk masa. Bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh, Pelajar baharu, Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, dll. 2. Penggunaan dengan dalam ayat tersebut betul. | Istilah | 14.07.2009 |
semak ejaan 'siswazahtani' dijauhkan @tidak? | Ejaan yang betul ialah siswazah tani. | Ejaan | 16.03.2009 |
Bolehkah penjodoh bilangan 'sebatang' digunakan untuk rebung? Contohnya:Ibu membeli sebatang rebung di pasar tani. | Saudara Nikam, Penjodoh bilangan yang sesuai bagi rebung ialah batang. Saudara boleh membuat rujukan dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 06.08.2009 |
Ada dua soalan yang saya ingin utarakan 1. Pertama, Saya merujuk kepada motto Kementerian Pertanian dan Industri asas tani yakni "pertanian adalah perniagaan".. adakah motto tersebut menepati struktur nahu tatabahasa bm? kerana pada hemat saya, penggunaan kata pemeri 'adalah' hanya utk struktur pola FN+FK, FN+FA, dan FN+FSN. dalam motto tersebut, perniagaan merujuk kpd FN.oleh itu, kata pemeri 'ialah' sepatutnya digunakn utk pola 'FN+FN' 2. Kedua, merujuk kepada Tatabahasa Dewan (TBD) mengenai topik ayat dasar. sy fikir pola-pola ayat dasar menurut TBD iaitu FN+FN, FN+FA, FN+FK,FN+FSN bercanggah dengan Teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Ini dapat dibuktikan melalui rajah pohon skema X berpalang. cth ayat FN+FN seperti 'Abu guru sekolah'.kenapa masih dapat dizahirkan kata pemeri 'ialah' dalam ayat dasar tersebut menjadi 'Abu ialah guru sekolah'. Jika merujuk semula penegasan TBD, bukankah ayat dasar sepatutnya bentuk paling tunggal sesuatu ayat.Jelaskan | Puan Ulysess, 1. Pandangan puan terhadap penggunaan kata pemeri "ialah" untuk cogan kata agensi tersebut betul, iaitu Pertanian ialah Perniagaan. 2. Untuk makluman puan, penggunaan kata pemeri "ialah" atau "adalah" dalam bahasa Melayu adakalanya bersifat pilhan. Maksudnya, tidak salah kalau kita tidak menggunakannya dalam ayat. Sebagai contoh, mari kita melihat ayat seperti yang di bawah ini: (a) Abu (ialah) guru sekolah. (b) Wang itu (adalah) untuk perbelanjaan sekolahnya. Dalam ayat (a) dan (b) perkataan ialah dan adalah yang ditulis dalam kurungan merupakan pilihan. Maksudnya, kita boleh menggunakan ialah dan adalah tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kita tidak menggunakannya. Oleh itu, kedua-dua ayat puan betul penggunaan tatabahasa; Abu ialah guru sekolah dan abu guru sekolah. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
Maksud istilah ley line | Dalam rujukan kami, istilah bagi 'ley line' ialah tanah yang ditanam dengan rumput bagi tempoh beberapa tahun (bidang Tani,GEOG), manakala 'line' bermaksud barisan. Padanan dalam bahasa Melayu yang dicadangkan ialah barisan lei, iaitu barisan rumput yang ditanam. Penggunaan maksud ini dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi. | Istilah | 11.03.2010 |