| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya jika frasa ini "Tanda-tanda bukan verbal sakit gigi" boleh diubah untuk pembaca umum. Adakah boleh ditulis begini, "Tanda sakit gigi bukan lisan"? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2496, verbal bermaksud arahan, perjanjian dan sebagainya secara lisan, bukan dalam bentuk bertulis. Verbal juga berkaitan dengan kata atau penggunaan kata-kata: hubung kait penggunaan bahasa verbal dan bukan verbal dalam pelbagai bidang ilmu. Oleh yang demikian, ayat yang sesuai untuk pemahaman masyarakat umum ialah "Tanda sakit gigi bukan secara lisan". Walau bagaimanapun, sila berikan ayat penuh pada masa-masa yang akan datang bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang lebih tepat. | Lain-lain | 27.03.2024 |
| Saya ingin bertanya apakah maksud dan perbezaan penggunaan tanda-tanda seperti berikut (mohon pencerahan berserta contoh) : a) : b) :- c) ; | A)Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut: 1. digunakan pada akhir suatu penyataan apabila diikuti suatu (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Misalnya: i. Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. ii. Ketua: Abdullah Salleh. Hari: Isnin 2.digunakan (a) antara jilid atau nombor dengan halaman, (b) antara bab denghan ayat dalam kitab suci, atau (c) antara dengan anak judul suatu karangan. Misalnya: Dewan Sastera, IV(1974),4:9 Surah yasin:9 3.digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Misalnya: Ibu : Bawa bungkusan ini,Mir! Amir : Baik,bu. B)Tanda koma bertitik (;) digunakan seperti yang berikut: 1.Tanda koma bertitik dapat digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Misalya: Malam makin larut; kamu belum selesai lagi. 2.Tanda koma bertitik digunakan untuk memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majluik sebagai pengganti kata penghubung. Misalnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya; ibu sibuk bekerja di dapur; adik menghafalkan nama-nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar. Manakala simbol (:- ) tidak digunakan lagi dan digantikan dendan simbol tanda titik bertindih (:). | Tatabahasa | 23.06.2014 |
| Untuk tajuk yang ada kata ganda, adakah perkataan kedua perlu ditulis dengan huruf kecil? Contoh: Tanda-tanda Musafir Ilahi | Untuk tajuk yang mempunyai kata ganda, huruf selepas tanda sempang perlu ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 16.11.2025 |
| saya ada bertanya sebelum ini tetapi masih belum mendapat jawapnberkenaan tanda baca selepas tanda petik apabila ada tanda soal spt berikut: Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami dia berkata, Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?. adakah tanda noktah selepas tanda petik perlu atau tidak? atau seperti ini,Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu? (tiada tanda titik) | “Adakah ini rekaan orang-orang terdahulu?” tidak perlu noktah selepas tanda petik. | Tatabahasa | 26.09.2020 |
| Frasa "gejala sosial" berunsur negatif atau neutral? | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Lain-lain | 11.07.2017 |
| apakah peraturan untuk saya menggunakan tanda '-', selain daripada tanda '-' ditulis untuk menghubungkan huruf besar dan huruf kecil contohnya, 'ciptaan-Nya'. Terima kasih | Untuk makluman, tanda ('/') dipanggil tanda petik tunggal. Ia hanya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("/"). Contoh: "Amboi! Sejak menjadi 'orang kaya baru', batang hidungnya pun tak Nampak," sindir Hasyim. | Tatabahasa | 10.08.2015 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca dalam penulisan pantun. pantun empat kerat: baris pertama diakhiri tanda koma (,) baris kedua diakhiri tanda koma bertitik (;) baris ketiga diakhiri tanda koma (,) baris keempat diakhiri tanda nota (.) Adakah penggunaan tanda baca tersebut betul? | Menurut data kami, penggunaan tanda baca yang betul dalam penulisan pantun ialah baris pertama diakhiri tanda koma (,) baris kedua diakhiri tanda koma bertitik (;) baris ketiga diakhiri tanda koma (,) baris keempat diakhiri tanda nota (.) | Lain-lain | 12.09.2019 |
| Salam sejahtera, penggunaan tanda sempang/tanda sengkang dari segi sebutan, adakah e pepet atau e taling? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Penggunaan tanda sempang atau tanda sengkang dari segi sebutan ialah e pepet. | Tatabahasa | 29.05.2020 |
| Salam sejahtera, Dalam penulisan dialog, terutama sekali yang berakhir dengan tanda baca seperti tanda soal, tanda seru dan sebagainya, adakah perkataan selepas perlu ditulis dengan huruf kecil atau besar? Contoh: "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" itu adakah perlu dieja huruf kecil atau besar dan apakah sebabnya? Terima kasih. | Ayat "Dia menyembah selain aku?" tanya Firaun dengan marahnya. Perkataan "tanya" perlu dieja huruf kecil kerana adanya tanda petik selepas tanda soal dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 28.07.2022 |
| "Remaja terlibat dalam gejala sosial." Frasa "gejala sosial" ini berunsur negatif atau neutral? | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Lain-lain | 11.07.2017 |
|
| Puisi |
|---|
|
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 115 So many countries, so many customs Lain negeri, lain pula cara, peraturan dan adat resam. Lain lubuk, lain ikannya. So many countries, so many customs. What is considered a friendly gesture in one country may be seen as impudent in a another. So, be careful. Lain lubuk, lain ikannya. Sesuatu yang dianggap sebagai tanda persahabatan di sebuah negara mungkin dianggap biadap di negara lain. Jadi, berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|