Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). | Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). | Tatabahasa | 14.12.2011 |
Adakah penggunaan "dan" dalam ayat berikut adalah betul : Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. | Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. Berdasarkan teks tersebut, jelas menunjukkan laras yang digunakan ialah laras undang-undang. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIH | Sambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan. | Makna | 03.12.2008 |
tahun sebelum masihi dan tahun masihi. | Tahun masihi dihitung dari tarikh Nabi Isa dilahirkan dan tahun sebelum masihi ialah tahun sebelum peristiwa kelahiran nabi Isa. | Makna | 12.02.2009 |
Bolehkah saya mendapatkan takwim aktiviti DBP cawangan sabah?. Saya salah seorang ahli DBP caw Beaufort. Kenapa tiada lagi aktiviti seperti tahun-tahun sebelumnya. Seperti pertandingan membaca sajak dsb?. | Saudari boleh menghubungi DBP Cawangan Sabah melalui telefon, 088-439260/439314/439315 untuk tujuan tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 27.01.2009 |
Tahun melawat Malaysia atau Tahun Lawatan ke Malaysia yang tepat. | Tahun Melawat Malaysia. Tahun lawatan ke Malaysia. | Tatabahasa | 20.04.2010 |
adakah betul kelas tahun dua baiduri atau tahun dua baiduri? | kelas tahun dua baiduri atau tahun dua baiduri - kedua-dua frasa tersebut adalah betul | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Mohon tuan jelaskan penggunaan bahasa yang betul bagi - suku kedua tahun 2013 ATAU suku tahun kedua 2013. Contoh ayat adalah: Banguan tersebut telah dibangunkan untuk beroperasi mulai suku kedua tahun 2013 (ATAU suku tahun kedua 2013). Terima kasih. | Frasa yang tepat ialah suku tahun kedua 2013. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Selamat petang, soalan: tahun baru cina atau tahun baharu cina betul? Adakah pengguna baru untuk masa dan baharu untuk barang yang baru dibeli? | Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul. Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
"Pada Tahun 2008..." atau "Pada tahun 2008..."? | Pada tahun 2008... adalah tepat. | Tatabahasa | 13.08.2012 |