Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Puan liza terlibat dalam------ pelamin pengantin A susun atur B susun hias | Susun atur atau Kemas hias | Tatabahasa | 05.07.2015 |
Jika ayat 'Please help me to arrange the chairs.' diterjemahkan kepada 'Tolong, bantu saya susun kerusi.', adakah ia menjadi lewah dalam bahasa Melayu? Cukupkah sekadar 'Tolong saya susun kerusi.' atau "Bantu saya susun kerusi."? | Terjemahan yang lebih tepat ialah Tolong saya susun kerusi/bantu saya susun kerusi, namun dalam ayat suruhan lazimnya digunakan "Tolong susun kerusi". | Lain-lain | 01.02.2018 |
Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri. | Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut. | Lain-lain | 26.09.2016 |
1. Apakah perbezaan di antara ayat-ayat berikut/yang mana satu ayat yang betul? a. Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. b. Susun perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. a2. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap. b2. Susun dan tulis ayat di bawah semula supaya menjadi cerita yang lengkap. | Ayat yang betul ialah : Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap. | Tatabahasa | 09.05.2008 |
Susun objek dari besar ke kecil atau Susun objek daripada besar ke kecil ? | Susun objek daripada besar kepada kecil. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
assalamualaikum, saya ingin bertanya antara kedua-dua ayat di bawah ini yang manakah lebih tepat penggunaannya. a) susun perkataan-perkataan semula supaya menjadi ayat yg btl. b) susun semula perkataan-perkataan supaya menjadi ayat yg btl. | Ayat yang betul - susun semula perkataan-perkataan supaya menjadi ayat yang betul. Dalam ayat ini, 'susun semula' merupakan frasa kerja yang jika dipisahkan akan mengubah makna/ tidak mempunyai makna. | Tatabahasa | 06.01.2011 |
Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan, Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. | Tatabahasa | 31.08.2012 |
1. Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jwp a) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susun meja di bawah khemah itu. b) Baiklah, ayah. Saya akan tolong menyusun meja di bawah khemah itu. c) Baiklah, ayah. Saya akan tolong susunkan meja di bawah khemah itu. Soalan 1. Ayat yang mana betul ? 2. Bolehkah kata "tolong" hadir dalam jawapan bagi ayat perintah ? Terima kasih. | Ali, tolong susun meja di bawah khemah itu. Jawapannya, Baiklah ayah, saya akan menyusun meja di bawah khemah itu. | Tatabahasa | 28.02.2017 |
Saudara, adakah susun atur ayat dibawah ini betul/boleh digunakan atau boleh diperbaiki lagi. "Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan sokongan pihak tuan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit." | Ayat yang betul : Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan pihak tuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
Ayat manakah yang betul. Susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. atau Susun perkatan-perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. sana, dalam, situ, sini, antara merupakan kata nama arah. adakah 'sekeliling' juga tergolong dalam kata nama arah. contohnya : di dalam kotak, di luar kotak, di sekeliling kotak. Minta penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Yang betul ialah susun semula perkataan-perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Perkataan di sekeliling merujuk tempat yang bermaksud kawasan persekitaran. | Tatabahasa | 12.07.2010 |