Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
yang manakah antara dua ayat yang tepat. 1. para guru harus mempunyai susila yang baik. 2. pihak polis tahu punca letupan bom itu. | 1. Ayat Para guru harus mempunyai susila yang baik adalah betul. 2. Ayat yang betul ialah Pihak polis mengetahui punca letupan bom itu. | Tatabahasa | 04.01.2012 |
Salam. Harap pihak tuan/puan dapat mengesahkan pengejaan perkataan di bawah: - BUDIBICARA / BUDI BICARA - BERTANGGUNGJAWAB / BERTANGGUNG JAWAB - WARGANEGARA / WARGA NEGARA - TATASUSILA / TATA SUSILA - BERPUASHATI / BERPUAS HATI Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul : budi bicara; bertanggungjawab; warganegara; tatasusila; berpuas hati. | Ejaan | 13.11.2009 |
APAKAH TANGGUNGJAWAP DAN PERANAN UNTUK MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU? BAGAIMANAKAH IBU BAPA BOLEH MEMBANTU PROSES PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM SESEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN? | Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. Rasa sayang kita terhadap bahasa kebangsaan harus sentiasa dipupuk malah diterapkan dalam institusi keluarga seperti mengamalkan penggunaan bahasa yang betul (mengikut situasi) dalam kalangan keluarga, jika kita berbahasa dengan betul bermakna kita menjaga adab dan susila hidup berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, rujuk makalah yang berkaitan dalam konteks perbincangan ini. | Tatabahasa | 27.08.2010 |