Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
`SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN ` ATAU SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGI. Semua ini banyak terdapat di Surau-surau dan Masjid-Masjid. Yang mana satu betul... | Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi", walau bagaimanpun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
semua penduduk kampung bergotong- royongmembersihkan surau. Dalam sebuah buku ,ayat ini dianggap salah.Boleh tuan/puan jelaskan.sekian, terima kasih. | Ayat yang lebih baik ialah "Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan surau" kerana kata semua membawa maksud semua yang terlibat, tidak ada yang terkecuali. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
1)Farm Office guard area, conference room, office area, manager room, pantry, surau waiting area. 2)Worker Quaters 3)Silage store 4)General Store 5)Garage & Farm Machinery Store 6)Bio-Security 7)Water Tank 8)Septic Tank | 1)Pejabat Ladang ruang pengawal, bilik persidangan, ruang pejabat, bilik pengurus, pantri, surau, ruang menunggu. 2)Kuaters Pekerja 3)Stor Silaj 4)Stor Am 5)Garaj dan Stor Jentera Ladang 6)Bio Keselamatan 7)Tangki Air 8)Tangki Septik | Istilah | 25.10.2011 |
1)Farm Office guard area, conference room, office area, manager room, pantry, surau, waiting area 2)Silage Store 3)Ganeral Store 4)Garage & Farm Machinery Store 5)Bio-Security 6)TNB-Sub Station H.T Switch gear room, transformer room, MSB room 7)Water Tank 8)Septic Tank | 1)Pejabat Ladang ruang pengawal, bilik persidangan, ruang pejabat, bilik pengurus, pantri, surau, ruang menunggu 2)Stor Silaj 3)Stor Am 4)Garaj dan Stor Jentera Ladang 5)Bio Keselamatan 6)Pencawang TNB bilik peralatan suis tinggi, bilik transformer, bilk MSB 7)Tangki Air 8)Tangki Septik | Istilah | 25.10.2011 |
1)Milking Complex milk storage room, cold room, utility room, control room, operator pit, manager room, meeting room, office, surau, male toilet, female toilet, milking parlour area 2)Cow Barn 3)Calf Shed 4)Heifer shed 5)Silage Store 6)Bio-Security 7)Fertilizer Store 8)Feed store 9)Guard House 10)Cattle Surveillance Post 11)TNB Sub-Station H.T switch gear room,Transformer room,MSB room 12)Water Tank 13)Septic Tank 14)Waste/Manure Treatment Ponds 15)Cattle Loading/Unloading Area | 1)Kompleks Pemerahan Susu bilik penyimpanan susu, bilik sejuk, bilik utiliti, bilik kawalan, pit operator, bilik pengurus, bilik mesyuarat pejabat, surau, tandas lelaki, tandas perempuan, ruang memerah susu 2)Kandang Lembu 3)Kandang Anak Lembu 4)Kandang Lembu Dara 5)Stor Silaj 6)Bio Keselamatan 7)Stor Baja 8)Stor Makanan 9)Pondok Pengawal 10)Pos Peninjau Lembu 11)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi, bilik transformer, bilik MSB 12)Tangki Air 13)Tangki Septik 14)Kolam Rawatan Tinja 15)Ruang Pemunggahan Lembu | Istilah | 25.10.2011 |
maksud imarah | menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. | Tatabahasa | 24.11.2007 |
Mohon jasa baik tuan untuk bantu kami mendapatkan tulisan jawi yang betul bagi perkataan berikut : Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy, Menara Bank Islam. Sekian, terima kasih. | Seperti Lampiran. | Ejaan | 18.10.2012 |
1)Advanced Reproductive Biotechnology Lab artificial insemination & embrio collection area, semen collection area, sperm lab,cold room, blood processing area,visitor room,multimedia room,garage. 2)Advanced Reproductive Biotechnology Office manager room, conference room, officer area, surau, pantry, waiting area. 3)Veterinary Lab/ISO Office veterinary room, ISO Office, Pantry. 4)Central Performance testing (CPT) 5)Store 6)Cattle Shed | 1)Makmal Bioteknologi Pembiakan ruang permanian beradas dan pungutan embrio,bilik bilik pungutan semen makmal sperma, bilik sejuk, ruang pemprosesan darah, bilik pelawat, bilik multimedia, garaj. 2)Pejabat Bioteknologi Pembiakan Lanjutan bilik pengurus, bilik persidangan,ruang pejabat, surau, pantri, ruang menunggu. 3)Makmal Veterinar/Pejabat ISO bilik vaterinar, Pejabat ISO, Pantri. 4)Ujian Prestasi Berpusat (UPB) 5)Stor 6)Kandang Lembu. | Istilah | 25.11.2011 |
mohon dapatkan makna PENGURUSAN; kurang efisyen | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, pengurusan bermaksud perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yang dipilih oleh penduduk mukim atau kampung;. Manakala efisien bermaksud berkenaan individu, organisasi, mesin, dan lain-lain yang boleh menjalankan tugas dengan cekap (tanpa pembaziran waktu dan tenaga). | Makna | 29.10.2013 |
Adakah perkataan mengimarahkan relevan dengan ayat seperti yang berikut: "Memperkasa dan memupuk kecintaan khazanah warisan 1Malaysia melalui pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan mengimarahkan warisan negara sehingga terserlah di persada dunia." Persoalan ini saya ajukan kerana di dalam ruangan carian, takrif yang ada hanya merujuk kepada amalan di masjid atau surau sahaja. Mohon penjelasan lebih lanjut. | Mengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, dan kebiasanya berbentuk keagamaan. Sehingga kini belum ada lagi peluasan makna untuk perkataan imarah/mengimarahkan yang merujuk kegiatan bukan berbentuk keagamaan. Oleh itu, perkataan mengimarahkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 13.12.2009 |
|
Puisi |
---|
|
Hiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.
Lihat selanjutnya... |
|