Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum Tuan/Puan Setahu saya nama Tokoh Anugerah Sasterawan Nusantara 1999 Singapura ialah Suratman Markasan bukan Suratan Markasan. Seperti yang dipaparkan, mungkin salah taip. Salam dan terima kasih. | Saudara, nama sebenar pengarang Singapura ialah Suratman bin Markasan (nama pena beliau antaranya ialah S. Markasan dan Suman Mali) dan bukannya Suratan Markasan sebagaimana tertera. Harap maklum. Salam takzim | Lain-lain | 07.08.2010 |
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan' | Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Tatabahasa | 18.03.2010 |
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN | Antara contoh pantun: Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan. Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. | Lain-lain | 19.02.2010 |
definisi kepada tulisan. kenapa perlu kita gunakan bahasa indonesia untuk membuat kajian? | Saudara, Perkataan tulisan bermaksud 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg ditulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambarkan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdirkan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Mohon penjelasan lanjut tentang pertanyaan kedua saudara. Setahu kami kajian boleh dibuat menggunakan apa-apa bahasa mengikut kesesuaian dan keperluan. | Lain-lain | 08.10.2009 |
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang | Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan. Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Makna | 31.07.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata suratan |
|
Puisi |
---|
|
Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.
Lihat selanjutnya... |
|