Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
di dalam surah yasin, terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah akan mengunci/memeterai/atau memateri mulut2 kita dan membiarkan anggota badan lain yang berbicara? Yang mana satu tepat ye? mengunci/memeterai/memateri | Mengunci bermaksud menutup, memeterai bermaksud membubuh meterai pada (sesuatu), atau mengecap. Kata memateri bermaksud menghubungkan atau menyatukan erat-erat. Berdasarkan makna tersebut kata mengunci sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Makna | 25.07.2012 |
Ibadurrahman (hamba yang disayang Yang Maha Pengasih? (Surah al-Furqan, ayat 63) Jika mahu kekalkan perkataan ibadurrahman, bagaimana ejaannya? | Dalam ungkapan umum perkataan yang lazim kita temukan ialah Abdul Rahman, iaitu nama lelaki yang beragama Islam. Jika tidak dikaitkan dengan nama orang, ungkapan yang betul ialah terjemahannya, hamba yang disayangi Yang Maha Pengasih kerana ialah perkataan Arab dan perkataan Arab tertakluk pada keiaitu dudukan atau fungsinya di dalam ayat dan barisnya akan berubah mengikut fungsi yang tersebut. Oleh itu, jika tuan hendak menggunakannya dalam konteks umum, maka gunakanlah terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu dan jika tuan ingin mengekalkan penggunaannya seperti dalam bahasa Arab, maka hendaklah sesuai dengan konteks penggunaannya. Contohnya dalam buku agama yang memerihalkan tajuk yang berkaitan. | Lain-lain | 02.12.2013 |
Saya ingin bertanya ejaan sebenar untuk al-quran dan as-sunnah. Bagaimana pula dengan nama-nama surah di dalam al-Quran? "Al"- atau "al-". Terima kasih | Ejaan yang betul ialah al-Quran dan al-Sunah. | Ejaan | 13.06.2012 |
salam, Bolehkah kata tugas 'telah' diletakkan selepas kata nama contoh : Negeri-negeri yang berdekatan dengan kamu itu wahai Muhammad, telah Kami musnahkan apabila para penduduknya berbuat zalim. Kami juga tetapkan waktu tertentu untuk kehancuran mereka. Surah al-Kahfi : 59. | Kata "telah" boleh digunakan selepas kata nama dalam konteks ayat pasif seperti contoh yang diberikan. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
apakh maksud nasuha? | Nasuha merupakan nama satu watak dalam suatu kisah benar. Dalam cerita tersebut Nasuha telah membuat sesuatu kesalahan dan apabila dia menyedari akan kesalahan tersebut beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat yang tiada orang sebelumnya bertaubat sepertinya. Taubatnya itu diterima Allah. Dan namanya itu sering dikaitkan dengan taubat: 'Taubat Nasuha' yang bermaksud "semurni-murni taubat". Dalam surah at-Tahrim ayat 8, Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'taubat nasuha', Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai | Makna | 18.05.2009 |
SAYA INGIN TAHU TENTANG BILA MASA KITA PERLU MENGGUNAKAN TANDA-TANDA SEPERTI /,:,;,",',.,&,! DLL. PERLU ATAU TIDAK PERKATAAN SELEPAS ITU DIJARAKKAN ATAU MENGGUNAKAN HURUF BESAR ATAU KECIL | Menurut buku Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat beberapa fungsi bagi tanda-tanda yang dinyatakan. 1. Tanda Titik Bertindih ( : ) a) Memperkenalkan atau menambah keterangan. contoh : Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. (selepas 'sahaja' terus tanda titik bertindih dan barulah ada jarak dan huruf besar) b) Memisahkan: i) subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan. ii) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem. iii) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran. iv) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid. v) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah. vi) tahun dan halaman rujukan bagi penerbitan. vii) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi. c) Menunjukkan nisbah. tanda seru ( ! ) - Digunakan dalam ayat seperti berikut Amboi, cantiknya pakaian dalam almari itu! -Huruf besar selepas tanda seru. Sila rujuk Buku Gaya Dewan untuk keterangan dengan lebih lanjut beserta contoh penggunaan simbol yang terdapat dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.09.2012 |
Boleh terangkan perbezaan penggunaan tanda sempang (-) dengan titik bertindih (:). Jika tanda ini digunakan, adakah perkataan berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar? | Tanda sempang paling banyak digunakan dalam kata ganda, selain berfungsi untuk menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan (k-a-m-p-u-n-g), memisahkan angka yang berbeza fungsi dan menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat (Anglo-China) dan perkataan yang mengikutnya tidak perlu dimulakan dengan huruf besar kecuali nama khas. Manakala titik bertindih digunakan untuk memperkenalkan atau menambah keterangan (Prinsip hidup saya senang sahaja:Tekun dan Ikhlas) dan kata yang mengikutinya bermula dengan huruf besar, memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan (Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan), memisahkan nombor surah daripada nombor ayat al-Quran (al-Baqarah 2:29), memisahkan nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid (Ensiklopedia Pelajar 2:5), menunjukkan nisbah (12:12). | Ejaan | 12.09.2008 |
Ini masalah ejaan jawi. Perbezaan penggunaan antara huruf 'ta' dengan 'ta marbutah'. Mohon penjelasan mengenai penggunaan kedua-dua huruf ini. Betulkah kalau ketika mengeja jawi perkataan 'ayat' memadai mengeja dengan huruf 'ali ya alif ta'( contoh: Baca ayat ini - di mana perkataan jawi untuk ayat adalah "alif ya alif ta") Sebaliknya untuk menerangkan ayat al-Quran (misalnya ayat 'Ali Imran: 24 - ayat di sini dieja (alif ya ta (ta marbutah). Mohon penjelasan | Dalam ejaan baru, semua perkataan tersebut dieja dengan ta terbuka. Hanya perkataan pinjaman daripada bahasa Arab sahaja kekal digunakan huruf ta marbutah. Dan ini dapat menggelakkan kekeliruan antara perkataan surat dengan surah dan ayat al-quran dengan ayat. | Lain-lain | 05.06.2008 |