Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jururawat "mengukur" suhu pesakit. Adakah penggunaan perkataan " mengukur" betul ? | Istilah yang betul ialah menyukat. | Istilah | 23.03.2010 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan menyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Lukis satu graf garis suhu melawan masa pada kertas graf yang disediakan. 1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan. Sekian, terima kasih. | 1b) Lukis satu graf garis suhu lawan masa pada kertas graf yang disediakan. | Tatabahasa | 30.11.2011 |
Apakah kata tanya yang sesuai digunakan untuk soalan yang berikut: Apakah sudut genting kaca itu? atau Berapakah sudut genting kaca itu? Apakah suhu yang diperlukan untuk proses tersebut? @ Berapakah suhu yang diperlukan untuk proses tersebut? Apakah kata tanya yang tepat digunakan utk soalan yang berbentuk seperti itu? Bagaimanakah hendak menggunakan kata tanya 'apa' dan 'berapa' paling tepat untuk soalan berbentuk matematik dan sains? Apakah ada perbezaan penggunaannya? sekian, terima kasih | Apa ialah kata untuk menanyakan jenis atau sifat sesuatu, manakala berapa ialah kata untuk menanyakan jumlah, iaitu besar, bilangan, harga, tinggi dan sebagainya. Ayat yang betul ialah: Berapakah sudut genting kaca itu? Berapakah suhu yang diperlukan untuk proses tersebut? | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Munsyi, Pendapat yang disampaikan oleh remaja itu agak mentah dan sukar diterima. (adakah mentah sesuai digunakan? jika tidak, apakah istilah yang sesuai digunakan? TK) Suhu di dalam bilik komputer ini sungguh beku. (adakah beku salah dan wajar digantikan dengan apa?) TK banyak | Antara maksud mentah ialah belum sempurna akal, fikiran dan sebagainya. Perkataan mentah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Begitu juga dengan perkataan beku tidak sesuai digunakan dalam kontek ayat tersebut. Suhu lazimnya dikaitkan dengan panas atau sejuk. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang sesuai dengan konteks ayat yang digunakan.
| Tatabahasa | 21.07.2012 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LARASUHU? | Saudara, Laras suhu dalam bahasa Melayu ialah padanan bagi perkataan "thermostat" dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 21.10.2010 |
Salam sejahtera, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat berikut adalah betul? Jika tidak, apakah cadangan ayat yang lebih gramatis? 1) Burung dapat mengekalkan suhu badannya kerana burung berdarah panas. 2) Objek itu stabil kerana tapaknya yang besar. 3) Ikan menggunakan siripnya untuk berenang dalam air. Sekian, terima kasih. CK | Nya ialah kata ganti diri orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya" dalam ayat contoh yang diberikan adalah tidak gramatis. Berdasarkan ayat tersebut kata "nya" boleh digugurkan seperti Burung dapat mengekalkan suhu badan kerana burung berdarah panas. | Tatabahasa | 19.01.2012 |
Makna & fungsi carta organisasi | Carta ialah paparan yang mengandungi keterangan (tentang harga, suhu, senarai sesuatu dan sebagainya) dalam bentuk graf, gambar rajah dan sebagainya. Carta organisasi ialah paparan keterangan sesebuah organisasi dalam bentuk gambar rajah, dan berfungsi memberikan gambaran awal tentang struktur organisasi tersebut. | Makna | 13.01.2011 |
inkubator | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna inkubator ialah alat pemanas utk mengerami dan menetaskan telur secara artifisial; 2. alat utk membantu bayi yg baru lahir pramatang berada dlm persekitaran dan pd suhu yg sesuai dan terkawal. | Makna | 22.04.2009 |
ADAKAH MAKSUD DARJAT DAN MARTABAT ADALAH SAMA | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, darjat ditakrifkan sebagai 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; manakala martabat pula bermaksud kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Berdasarkan takrifan tersebut, darjat dan martabat membawa makna yang sama. | Istilah | 25.02.2009 |
bolehkah pihak tuan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan lokusionari,ilokusionari dan perlokusionari dalam 'lakuan bahasa'. | Lokusioner ialah kita menyatakan maksud untuk menyampaikan mesej dengan terus-terang, contohnya; saya katakan "air dalam gelas ini sejuk". Tidak ada maksud lain selain daripada air di dalam gelas ini sejuk. Tetapi kalau ayat "eh... sejuknya air ni", bukannya mengatakan air itu sejuk tetapi menyampaikan pada masa yang sama maksud yang lain kerana kenapa beri air yang sejuk dan sudah tidak air lain lagi? Dengan suhu sejuk diberi pula air yang sejuk. Perlakuan ini disebut ilokusioner. Perlokusioner ialah intension menunjukkan apa yang hendak diperform. Contohnya dalam majlis perasmian, "dengan lafaz bismillah saya dengan sepenuh hati merasmikan menara Dewan Bahasa dan Pustaka ini", bercakap serentak dengan melakukan benda itu. Ini dikenali sebagai perlokusioner. | Tatabahasa | 28.08.2008 |