Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
minta tuan memberikan maksud perkataan : KONSEKUENNYA. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, maksud konsekuen ialah secocok (sesuai, selaras) dengan kata-kata dan lain-lain yang terdahulu atau sama (tidak bersalahan) dengan yg sudah-sudah. | Makna | 05.06.2009 |
ASSALAMUALAIKUM...ayat yang tepat: 1)masa sudah sampai @ masa sudah tiba...(merujuk kepada kematian) | Ungkapan 'masa sudah sampai' dan 'masa sudah tiba' bermaksud sampai tempoh, tiba waktunya atau masanya (yang telah dijanjikan), kedua-duanya boleh merujuk hal kematian. | Tatabahasa | 14.01.2011 |
Tuan, apakah berbezaan perkataan 'sudah' dan 'telah'? Dia sudah/telah makan? | Dalam Kamus Dewan, sudah dan telah mempunyai maksud yang sama. | Tatabahasa | 30.11.2011 |
APakah takrif remaja menurut Kamus Dewan? | remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda; | Makna | 23.12.2008 |
Apakah yang dimaksudkan dengan warga tua? | Warga tua bermaksud orang sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur tua atau bahasa halusnya orang tua. | Makna | 31.08.2006 |
"bermacam-macam tipu helah".ayat ini betul atau salah?("tipu helah" sudah ganda?) | "tipu helah' sudah memadai kerana sudah menunjukkan banyak helah. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Saya ingin bertanya adakah laman web http://www.karyanet.com.my sudah tidak berfungsi atau sudah di ganti dengan laman web lain.. Ini kerana ia sudah tidak dapat di akses.. Laman ini sangat berguna.. | Assalamualaikum Saya cadangkan saudara melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan rujukan berkaitan kebahasaan dan khazanah persuratan melayu di alamat http://www.dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 28.03.2010 |
Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau ____________. A. hapak B. tengik Apakah jawapannya? | Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Mereka sudah mempelajari teknik bersukan dengan betul. pasifkan akan jadi Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul. atau Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. yang mana satu betul? atau kedua2nya. tq | Kedua-dua ayat pasif tersebut betul, yang berbeza hanyalah ayat pertama meletakkan frasa keterangan di hujung ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul, manakala ayat kedua meletakkan frasa keterangan di tengah-tengah ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. | Tatabahasa | 14.04.2009 |
Sudah agak lama saya 'terputus hubungan' dgn DBP sebaik saja saya melangkah ke alam pekerjaan. Saya mempunyai beberapa naskhah cerpen yg pernah disiarkan oleh RTM Sabah hampir 20 thn lalu dan berminat utk dibukukan. Bagaimana prosedur menghantar contoh naskhah tersebut? | Prosedur menghantar manuskrip adalah seperti berikut: 1. Jumlah cerpen sebaik-baiknya 20 cerpen atau lebih. 2. Pastikan anda mendapatkan izin terbit daripada penerbit asal sekiranya anda ingin menerbitkan semula cerpen-cerpen yang telah tersiar di majalah, akhbar atau terbitan lain. 3. Taip manuskrip anda dalam jarak langkau dua baris (double spacing) pada sebelah halaman kertas sahaja pada kertas A4. Tuliskan muka surat manuskrip secara berurutan daripada cerpen pertama sehingga cerpen terakhir. 4. Sediakan halaman Kandungan serta muka suratnya. 5. Tulis judul manuskrip dan nama penulis pada kulit manuskrip. 6. Jilid manuskrip dengan kemas. 7. Kirimkan satu salinan manuskrip bercetak kepada Ketua Editor Buku Sastera (bagi pembaca dewasa), atau kepada Ketua Editor Buku Kanak-kanak dan Remaja (jika pembacanya kanak-kanak atau remaja). Sertakan satu salinan digital manuskrip tersebut (dalam CD atau disket). Sertakan juga sedikit biodata anda, alamat dan nombor telefon atau e-mel, serta nama waris anda (isteri, anak dsb.) serta alamat mereka. | Lain-lain | 09.03.2011 |