bagaimanakah memupuk minat pelajar cina terhadap sastera melayu? | KN DBP hanya dapat menjawab soalan berbentuk fakta. Oleh sebab soalan saudara/saudari tersebut bersifat subjektif, kami menyarankan saudara/saudari membuat penelitian minat pelajar-pelajar Cina tersebut terlebih dahulu terhadap bentuk-bentuk sastera Melayu yang mereka minat. Selain itu, saudara/saudari juga boleh meneliti faktor tidak minat mereka kepada sastera Melayu. Walau apa pun yang perlu ditekankan kepada mereka adalah bahawa asas sesuatu sastera, tanpa mengira bangsa adalah satu matlamat, iaitu melahirkan insan yang berjiwa murni dan bersahsiah tinggi. | Lain-lain | 14.06.2008 |
Adakah DBP mempunyai garis panduan atau format bagi menyediakan novel, cerpen, puisi atau skrip drama? Sekiranya ada, bagaimana dapat saya mengakses maklumat tersebut? | Penulisan kreatif seperti cerpen, novel dan drama adalah satu bentuk penulisan yang subjektif. Justeru itu tidak ada suatu format atau garis panduan yang tegar. Namun, sebagai asas penulisan, konsep berikut biasa menjadi panduan umum, iaitu 1) tema/persoalan, 2) watak/perwatakan, 3) plot, 4) sudut pandangan, 5) latar waktu, tempat dan budaya, dan 6) gaya bahasa. Untuk makluman saudari, DBP tidak ada mengeluarkan garis panduan atau format dalam menulis karya kreatif cerpen, novel dan drama tetapi DBP telah banyak menerbitkan buku panduan penulisan kreatif seperti Persedian Menulis Cerpen oleh Othman Puteh, Penulisan Cereka Cerpen oleh Jais Sahok, Panduan Menulis Novel Remaja oleh Othman Puteh dan lain-lain. Insya-Allah, buku-buku tersebut boleh menjadi panduan dalam penulisan yang saudari maksudkan. | Lain-lain | 25.05.2010 |