Tuan, saya Noor Hayati Talib Setiausaha majalah sekolah dari KTE Sultan Sallehuddin. Saya ingin bertanyakan tentang pertandingan majalah sekolah sama ada masih diteruskan atau tidak. Semoga tuan dapat memberikan pencerahan akan hal ini. sekian terima kasih. | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dengan hormatnya pertanyaan saudara melalui portal Khidmat Nasihat DBP pada 22 Februari 2023 dirujuk. Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melaksanakan pelbagai program penggalakan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam negara. Antaranya termasuklah Hadiah Suar Bahasa dan Anugerah Citra Majalah yang pernah dilaksanakan oleh DBP Wilayah Utara. Walau bagaimanapun pada tahun ini tiada perancangan untuk melaksanakan pertandingan tersebut. Saudara boleh mendapatkan maklumat pertandingan-pertandingan lain yang dilaksanakan oleh DBP melalui media sosial rasmi DBP (Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok DBPMalaysia) dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 22.02.2023 |