Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Nombor yang berwarna merah menyatakan "standard pembelajaran" dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Dalam KSSR ada kriteria untuk mengukur setiap "standard kandungan". Adakah ungkapan standard pembelajaran dan "standard kandungan persis? | Dari aspek bahasa "standard kandungan" dan "standard pembelajaran" membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun ada kemungkinan kedua-dua ungkapan tersebut merujuk perkara yang sama jika kementerian berpendapat pembelajaran berasaskan kandungan yang telah disediakan. Oleh itu, sila rujuk dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kesahihan penggunaan ungkapan tersebut. | Makna | 21.04.2012 |
Perkataan 'standard' dalam bahasa malaysia bagi ayat berikut. -Penganjuran majlis hendaklah menepati peraturan dan protokol yang standard. | Perkataan standard diterima dalam bahasa Melayu. Sila layari standard">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=standard untuk makna standard. | Tatabahasa | 10.09.2013 |
busines dalam BM | tidak standard- yang standard perniagaan | Makna | 04.05.2007 |
Dalam satu bahan taklimat tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah, ada ayat Memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan. Adakah ungkapan piawai standard diterima pakai oleh DBP? | Perkataan piawai dan standard mempunyai makna yang setara. Oleh itu, perkataan "piawai standard" tidak digunakan secara berurutan dalam satu frasa/ayat. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
Pertanyaan. Apakah istilah sebenar bagi SOP (Standard Operating Procedures)? Di dalam PRPM memberikan hasil gelintaran berikut iaitu tatacara operasi standard tetapi di kebanyakan akhbar pula menggunakan Prosedur Operasi Standard. Mohon kepastian. | Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah Prosedur Kendalian Standard, walau bagaimanapun tidaklah menjadi suatu kesalahan jika menggunakan istilah Prosedur Operasi standard. | Istilah | 02.11.2011 |
Standard practice | Amalan piawai | Istilah | 13.02.2009 |
vandalisme/standard (ejaan) | vandalisme/standard | Lain-lain | 17.04.2007 |
Salam tuan di talian, Tajuk manakah yang betul bagi penggunaan perkataan standard dalam tajuk di bawah? 1. Praktis Standard PKSR atau 2. Praktis PKSR Standard? Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. Sekian, terima kasih. | Bentuk yang betul ialah Standard Praktis PKSR. | Tatabahasa | 01.07.2011 |
Penggunaan perkataan Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa malaysia adakah Prosidur Oprasi Standard ataupun Prosidur Tetap Operasi atau ada perkataan lain yang berkaitan | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam pangkalan data kami untuk Standard Operating Procedure ialah Tatacara Pengendalian Piawai (Ekonomi) dan Tatacara Operasi Standard (Sains Politik). Walau bagaimanapun, terdapat juga istilah procedure diberi padanan prosedur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah ini boleh juga diterjemahkan sebagai Prosedur Pengendalian Standard. | Istilah | 26.11.2012 |
Salam Sejahtera, Saya ingin memastikan bahawa kini, perkataan "standard" boleh digunakan dalam Bahasa Malaysia? sebagai contoh "escalate" telah digunapakai sebagai "eskalasi". Sekiranya ya, mohon juga jelaskan maksud "standard" Terima Kasih, | Perkataan 'standard' telah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, standard bermaksud, 1. sesuatu yang diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur (menilai dan sebagainya) sesuatun yang lain (seperti berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll) 2. taraf (kehidupan) 3. sesuatu yang dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sebagai ukuran nilai (harga) 4. (bentuk bahasa, ejaan, dan sebagainya) yang betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ms. 1523. Padanan istilah bahasa Melayu untuk escalate ialah mencetuskan dan padanan bahasa Melayu untuk escalation ialah peningkatan, perluasan atau penambahan. | Makna | 25.01.2011 |