Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apa beza soal siasat, uji kaji, temu duga dan soal jawab? | Soal siasat ialah kaedah formal menyoal pesalah, saksi, pengintip, dll untuk mendapatkan maklumat; menyoal siasat menyoal dalam usaha menyiasat sesuatu; penyoal siasat orang yang menyoal siasat. Uji kaji ialah ujian atau penyelidikan untuk mengetahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains. Temu duga ialah soal jawab antara majikan dengan orang yang memohon kerja dll. 2 soal jawab antara pemberita surat khabar dengan orang kenamaan, seperti tokoh politik; temu bual; wawancara. Soal jawab pula ialah pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dalam akhbar, majalah, dsb); | Makna | 22.09.2013 |
Setiap kali (bila ditanyakan tentang soal itu) dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. A.bila bertanya tentang soal itu B.apabila ditanyakan tentang soal itu C.apabila ditanyakan soal itu D.bila ditanyakan tentang soal itu apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan di atas? | Setiap kali apabila ditanyakan tentang soal itu dia pasti tidak menjawabnya dengan bersungguh-sungguh. | Tatabahasa | 31.07.2008 |
Yang mana lebih tepat : 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ..." atau "Dari soal selidik yang dijalankan didapati ...." 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." atau "Daripada aspek kemudahan masyarakat pula" 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" atau "... dengan diameter di antara 7 hingga 8 meter" | Yang betul ialah - 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ...", 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" . | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian tentang penggunaan tanda baca di dalam sesuatu soalan.Contohnya tanda soal digunakan untuk soalan yang bermula dengan Bagaimana, Apakah, Siapakah dan lain-lain. tetapi bagaimana dengan penggunaan Nyatakan, Berikan Contoh, Huraikan.Adakah tanda soal juga boleh digunakan?Atau hanya penggunaan noktah sahaja boleh digunakan untuk soalan jenis ini? Sekian, terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan, ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, berapa, bagaimana dan mengapa yang menggunakan tanda soal. Ayat yang menggunakan kata nyatakan, huraikan dan berikan contoh tidak perlu diakhiri dengan tanda soal. | Tatabahasa | 17.05.2012 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara borang soal selidik dan borang kaji selidik. Harap dapat membantu, terima kasih. | Soal selidik ialah sejumlah soalan yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu; Manakala kaji selidik pula ialah kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dengan nyata; | Makna | 21.09.2013 |
temuduga atau temu duga soalselidik atau soal selidik masakini atau masa kini kadang kala atau kadangkala ubahsuai atau ubah suai acapkali atau acap kali | Jawapan yang betul ialah: 1. temu duga 2. soal selidik 3. masa kini 4. kadangkala 5. ubah suai 6. acap kali | Ejaan | 05.04.2013 |
Setiap ayat yang berupa soalan, selepas tanda soal ? perlu lagi kita meletakkan tanda ( . ) atau tidak perlu. CONTOH. Awak berasal daripada mana?. Harap mendapat jawapan. terima kasih. | Tidak perlu ada tanda noktah selepas tanda soal. | Lain-lain | 26.12.2008 |
Assalamualaikum wbt, Saya sedang menulis sebuah tesis dalam Bahasa Melayu. Mohon bantuan DBP untuk membetulkan terjemahan istilah berikut dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. "Self-administered questionnaire" - untuk menyatakan soal selidik tersebut jenis yang di isi sendiri oleh subjek kajian tanpa bantuan. Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk "self-administered questionnaire" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah yang berikut: 1. self-administer - urus sendiri 2. self-administering test -ujian tadbir kendiri 3. self-administered topical fluoride - fluorida topikal swaguna Berdasarkan contoh tersebut, istilah yang dicadangkan untuk "self-administered questionnaire" ialah soal selidik urus sendiri, soal selidik isi sendiri atau soal selidik swaisi. | Istilah | 05.03.2013 |
perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga | Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: (a)faham - mengerti, tahu, sedar, maklum, mafhum, menerima, mengikut, enga;, b) bertanya - soal">soal: siasat, selidik, kaji, c) bangga - megah | Lain-lain | 25.03.2010 |
Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut. | Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kali edisi baharu diterbitkan. | Lain-lain | 08.04.2012 |