Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
adakah terjemahan ini betul "screenshot" "syot skrin" | Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. | Istilah | 16.10.2012 |
Assalamualaikum w.b.t Betulkah penggunaan ayat ni, "Nyahaktifkan penyelamat skrin pada komputer anda"? Terima kasih. | Nyahaktif bermaksud menjadikan sesuatu proses tidak aktif dan perkataan ini boleh digunakan pada ayat tersebut asalkan sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. | Istilah | 17.08.2011 |
Tuan, apakah terma bahasa melayu bagi: 1. projector 2. white screen (untuk projector) Sekian. | projector: projektor white screen : skrin Setakat ini, belum ada istilah yang khusus bagi perkataan yang dinyatakan. | Istilah | 02.08.2012 |
mohon khidmat nasihat utk lampiran di bwh: | Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. (bukan Khidmat Nasihat DBP) Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP. | Lain-lain | 17.05.2012 |
Semakan penggunaan bahasa malaysia pada iklan papan tanda untuk tujuan pemohonan lesen perniagaan. | Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP. | Lain-lain | 03.08.2011 |
1)dalam bidang ict, apakah terjemahan yang paling sesuai untuk perkataan "soft copy" dan "hard copy". 2) Saya sering temui perkataan "KOSWER" dlm B.Melayu untuk padanan "Courseware".Adakah ia diterima pakai? | Soft copy: salinan skrin atau salinan lembut. Hard copy: salinan cetak atau salinan keras. Courseware: Perisian kursus. | Istilah | 13.03.2009 |
bagaimana saya nak hantar artwork banner untuk kelulusan dewan bahasa dan pustaka. saya cadang untuk hantar ke southern ads di johor bahru. | Sila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan. | Lain-lain | 18.11.2013 |
1) ADAKAH BANNER SAYA DITERIMA UNTUK DIGANTUNG DI RUANGAN IKLAN? 2) DIMANA RUANGAN UNTUK SAYA LAMPIRKAN BANNER SAYA UNTUK RUJUKAN TUAN/PUAN? | Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. (bukan Khidmat Nasihat DBP) Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP. | Lain-lain | 02.05.2013 |
pendidikan maya ialah pembelajaran melalui talian, tetapi mengapakah istilah maya digunakan? | Sdr. Nurhidayah, pendidikan maya lebih kepada segala bentuk pengajaran tidak disampaikan secara bersemuka - maknanya pelajar dan pensyarah atau guru tidak hadir bertemu muka tetapi hanya belajar dengan cara mendengar dan melihat skrin yang memaparkan pelajaran yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 15.02.2009 |
DiGi - Untuk Yang Suka Menonjol Iklan seperti dilampirkan. Terima Kasih. | Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my Layari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. | Lain-lain | 25.07.2011 |