Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Situasi : Perasmian 18 buah dewan sekolah dalam Parlimen Pagoh Untuk menulis bena ,antara berikut manakah yang betul? 1. Majlis Perasmian Dewan-dewan Sekolah Parlimen Pagoh 2. Majlis Perasmian Dewan Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh. | 1. Majlis Perasmian Dewan Sekolah Parlimen Pagoh. Tidak perlu dijamakkan perkataan dewan atau sekolah kerana Parlimen Pagoh di situ boleh menandakan tunggal atau jamak. | Tatabahasa | 29.03.2012 |
Mana satukah ayat berikut benar? 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. 2. Mengenal integer melalui situasi sebenar. Terima kasih | Ayat yang paling tepat ialah 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Apakah situasi bagi kata hubung 'dan' yang dikehendaki didahului dengan tanda koma? | Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) adalah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya untuk unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan bukan daripada jenis yang sama atau kategori yang berbeza, contohnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan .... Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Ejaan | 19.06.2012 |
Apakah situasi boleh menggunakan imbuhan ter-... diikuti dengan oleh saya? Contoh: ter__________ oleh saya | Dalam ayat pasif diri pertama tidak boleh kata kerja pasif (terangkat) + oleh + kata ganti diri pertama (saya), ayat yang gramatis ialah ... saya terangkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 491. | Tatabahasa | 28.09.2011 |
Apakah situasi yang sesuai menggunakan perkataan 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia"? | Bahasa Melayu penggunaannya dalam konteks Bahasa Kebangsaan, Mata Pelajaran dan bangsa. Manakala bahasa Malaysia penggunaannya lebih kepada konteks komunikasi sosial. | Lain-lain | 10.08.2010 |
keadaan di negara itu sangat kelam kabut..atau situasi di negara itu? | Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam ayat yang dikemukakan kerana perkataan keadaan dan situasi mempunyai maksud yang sama. Sila rujuk perkataan situasi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1508. | Makna | 24.01.2011 |
1.Terangkan kenapa bahasa adalah petanda sosial? 2.huraikan fungsi bahasa. | Bahasa berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Bahasa juga boleh menjadi petanda sosial kerana bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat yang berdarah raja, dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi lazimnya berbeza. Contohnya, bahasa istana hanya digunakan oleh keluarga diraja atau pekerja yang bekerja di istana. Bahasa rasmi pula hanya digunakan untuk situasi rasmi seperti mesyuarat dan perbincangan oleh kakitangan kerajaan ataupun swasta yang berpendidikan rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi. Sementara bahasa dialek atau loghat digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti majlis perkahwinan atau pergaulan dengan masyarakat setempat. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa dalam Perancangan Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar. | Tatabahasa | 30.08.2006 |
Manakah yang betul? membayar bil makanan / membayar bil ( situasi di restoran) | Kedua-duanya betul, namun 'membayar bil makanan' lebih menjelaskan situasi tersebut. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
Dalam situasi apakah kata ganti nama,'tuan hamba' digunakan? Tolong terangkan. | Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?" | Istilah | 21.07.2009 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 1b) Cuba anda kenal pastikan aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2a) Berat seluruh objek tertumpu di pusat graviti objek itu. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3a) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong pada luar pusat graviti. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul adalah seperti yang berikut: 12) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. | Tatabahasa | 08.12.2011 |