Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud a) siar raya b) alat siar raya | Siar raya ialah ucapan umum atau padanan dalam bahasa inggerisnya public address. Dan siar raya juga boleh membawa maksud alat siar raya. | Makna | 07.02.2012 |
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih. | Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat. Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau. | Tatabahasa | 31.01.2011 |
Saya dan ibu bersiar-siar di pasar raya. Adakah perkataan bersiar-siar sesuai digunakan untuk di pasar raya? Atau ada perkataan yang lebih sesuai? | Perkataan “bersiar-siar” kurang sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang lebih sesuai ialah “membeli-belah” atau “berjalan-jalan”. | Tatabahasa | 19.11.2024 |
Assalamualaikum. Adakah ada perbezaan antara siar kaki dan kaki lima? | Siar kaki ialah istilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki. | Istilah | 05.02.2015 |
perkataan siar kaki@siarkaki; perkataan guna sama@gunasama; penggunaan "double kk" cth menggunakan tq | Siar kaki dan guna sama. | Lain-lain | 01.08.2007 |
Perkataan manakah yang betul, siar raya atau siaraya? | Ejaan yang betul ialah siar raya. Untuk maklumat lanjut dan rujukan, sila layari laman web prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 24.09.2024 |
Wujudkah perkataan siaraya? Atau apakah ejaan betul bagi perkataan tersebut? Siaraya, Siar raya, Siaran raya atau bagaimana? Terima kasih. | siar raya | Tatabahasa | 08.11.2007 |
ingin mengetahui perkataan 'siarkaki' atau 'siar kaki'. dengan nama lain adalah laluan pejalan kaki / koridor. | Saudara, Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu siar kaki. | Ejaan | 05.01.2010 |
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. | Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
Selepas makan malam, ibu suka () di tepi pantai Aberlari-lari Bbersiar-siar Cberlumba-lumba Dberlepak-lepak Mana satu yang betul Terima kasih | Jawapan: Selepas makan malam, ibu suka bersiar-siar di tepi pantai. | Lain-lain | 22.03.2022 |