Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. | Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan). | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Selamat pagi, Saya ingin tahu sama ada partikel `si` perlu dijarakkan atau dirapatkan pada sesuatu perkataan. Contohnya; si dungu atau sidungu? | Kata gelaran 'si' boleh digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas dan perlu dieja terpisah, seperti si dungu, si mati. | Tatabahasa | 12.12.2006 |
Sebutan bagi perkataan simile, [si.mi.lé] atau [si.mi.li]? Terima kasih. | Sebutan yang betul ialah [si.mi.lé]. | Ejaan | 18.04.2012 |
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu. | Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. | Tatabahasa | 28.07.2008 |
bas Maju Jaya atau Bas Maju Jaya? A1 atau 1A?(untuk peperiksaan SPM) eropah atau Eropah? si Riang atau Si Gusar? abang Ali atau Abang Ali? | Yang betul ialah Bas Maju Jaya. A1 atau 1A perlu mengikut konteks sama ada bagi kategori yang ada A1 dan A2 atau bilangan A yang diperolehnya ialah 1A. Kata nama khas seperti Eropah, Abang Ali hendaklah ditulis awalannya dengan huruf besar, manakala kata nama am ditulis si gusar atau si riang. | Ejaan | 06.11.2009 |
'saya ada seekor kucing.ia berwarna hitam.saya menamai kucing saya si putih.saya sayangkan si putih.' -mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. | (Persoalan: Kenapa menamakan kucing yang hitam sebagai Putih?) Saya ada seekor kucing. Warna kucing saya hitam tetapi saya menamainya Si Putih. Saya sayang akan Si Putih. Sayangkan untuk lisan. Untuk tulisan rasmi sayang akan. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
1.Si tupai tinggal pada sebatang pokok di dalam sebuah hutan. 2. Si tupai tinggal di sebatang pokok di dalam sebuah hutan. Soalan saya,ayat yang manakah adalah betul? adakah perkataan 'tupai' di atas perlu menggunakan huruf 'T' yang besar? Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah: Si tupai tinggal di sebatang pokok dalam hutan. Perkataan 'tupai' merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil sahaja. | Tatabahasa | 26.05.2010 |
Tuan, yang manakah paling tepat (Bobo dan Gebu adalah kucing): a) Bobo berkelahi dengan si Gebu b) Bobo berkelahi dengan Si Gebu | Jawapan yang betul ialah Bobo berkelahi dengan si Gebu. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
saya ___ kucing ini Si Tompok. 'menamai' atau 'menamakan'? | Ayat yang betul ialah "Saya menamai kucing ini Si Tompok." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
sayan ingin mengetahui perbezaan penggunaan Si dan Sang dalam bahasa melayu. T.K. | Si dan sang ialah kata sandang yang terletak di depan kata-kata tertentu yang digunakan sebagai nama timangan, untuk mengejek, untuk menghormati dan lain-lain, dan kedua-duanya boleh digunakan untuk manusia dan binatang. | Tatabahasa | 11.07.2010 |