Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
siapakah angkasawan pertama? | Jika soalan ini merujuk angkasawan pertama Malaysia, namanya ialah Dr Sheikh Muzaffar Sheikh Shukur. Sekiranya merujuk angkasawan dunia, sila rujuk Pusat Sains Negara. | Lain-lain | 12.02.2008 |
Salam sejahtera, Tuan, Apakah jawapan yang tepat bagisoalan yang berikut: Datuk Sheikh Muzhapar ___________ rakyat Malaysia yang amat dikagumi kerana beliau __________ angkasawan Malaysia yang pertama. ialah...ialah @ adalah...ialah Sekian, terima kasih. | Datuk Sheikh Muzhapar ialah rakyat Malaysia yang amat dikagumi kerana beliau ialah angkasawan Malaysia yang pertama. | Tatabahasa | 17.05.2013 |
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini. | Sila rujuk bahan ini : Adat resam dan adat istiadat Melayu | Sheikh Al-Hadi, Syed">Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986 Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007 "Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996 Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003 Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002 Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002 | Lain-lain | 03.05.2008 |
bincangkan slah satu adat resam dan tabu masyarakat melayu dahulu dan kini | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: | Lain-lain | 03.05.2008 |
Tuan, Apabila kita berurusan dengan Menteri Pelajaran sekarang apakah gelaran tepat yang mesti digunakan'YB' atau 'YAB' kerana pada hakikat sebenar beliau juga adalah YAB (TPM)? T.Kasih Hassan Sheikh Seylan | YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Dalam hal ini kita mengambil gelaran tertinggi beliau, walaupun kadangkala urusan yang dilakukan atas kedudukan beliau sebagai Menteri Pelajaran. Oleh itu, gelaran yang tepat ialah YAB. | Lain-lain | 23.06.2011 |
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenian | Sila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986 | Lain-lain | 20.06.2007 |