Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat berikut ingin kami gunakan di dalam iklan sambutan kemerdekaan. Adakah tatabahasanya betul? Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Setiap perayaan dikongsi. Setiap kegembiraan dinikmati. Setiap kedukaan dirasai bersama, demi membentuk Negara tercinta. KUB MALAYSIA dan rakyat Malaysia bangga meraikan 50 tahun KEMERDEKAAN Negara ! | Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Ketiga-tiga frasa tersebut betul tatabahasanya cuma dari segi makna kurang sesuai spt setiap agama terbilang (terbilang bermaksud terkenal -adakah pernyataan tersebut betul?) Frasa Setiap perayaan dikongsi dan Setiap kegembiraan dinikmati adalah tidak lengkap | Tatabahasa | 27.07.2007 |
Salam sejahtera. Kemusykilan - Yang manakah betul? pada setiap masa setiap masa pada setiap hari setiap hari terima kasih | Frasa yang betul ialah "pada setiap masa" dan "pada setiap hari". | Tatabahasa | 23.08.2011 |
pada setiap hari / setiap hari | Yang betul ialah "pada setiap hari" | Tatabahasa | 10.03.2010 |
1. Ali mencuci baju pada setiap hari. 2. Pada setiap hari, Ali mencuci baju. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul? | 1. Ali mencuci baju pada setiap hari. 2. Pada setiap hari, Ali mencuci baju. Kedua-dua ayat tersebut betul | Tatabahasa | 11.06.2009 |
Adakah kata sendi nama "pada" boleh digunakan di hadapan setiap hari atau setiap petang? | Saudara Choi, Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa pada setiap hari dan pada setiap petang betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.06.2009 |
1) Setiap hari 2) Pada setiap hari Yang manakah satu betul ? | Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa pada setiap hari betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Perkataan 'di' dan 'setiap' perlu dirapatkan atau tidak? Apa alasannya? | Yang betul ialah pada setiap ..., bukan di setiap ... kerana situasi ini menunjukkan keterangan waktu dan tempat bukan tempat (di sudut) atau perbuatan (dibuat). | Tatabahasa | 07.05.2009 |
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul? | Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Tatabahasa | 02.05.2012 |
Setiap hari, aku bersama-sama ayah melukis dan bermain bola. (penggunaan bersama-sama dalam ayat ini betul tak?) terima kasih! | Penggunaan "bersama-sama" dalam ayat adalah betul. | Tatabahasa | 21.10.2013 |
Setiap perbuatan yang _____ akan mendapat balasan yang setimpal. "dilakukan oleh mereka" ATAU "dilakukan mereka", yang manakah paling tepat? | Frasa yang tepat ialah dilakukan oleh mereka. | Tatabahasa | 04.07.2013 |