Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
APAKAH MAKSUD SERING? | Saudara Puiman, Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 12.09.2012 |
Sering dan selalu digolongan kata tugas, oleh sebab kata tugas mengandungi pelbagai jenis kata, saya pohon tuan nyatakan 'sering dan selalu' termasuk dalam jenis kata yana mana satu. Terima karih | Sering dan selalu dikategorikan dalam kata bantu yang hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 258. | Tatabahasa | 29.04.2010 |
saya sering menemui perkataan "KETERAMPILAN' digunakan dengan meluas di majalah fesyen, iklan, buku mengenai gaya hidup. Perkataan ini seolah-olah bermaksud penampilan menarik atau berpenampilan hebat walhal setelah merujuk Kamus Dewan, ia bermaksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi. Bolehkah tuan jelaskan apa maksud sebenar 'KETERAMPILAN" atau "TERAMPIL"? Patutkah saya rasa keliru? | Betul seperti yang saudara nyatakan terampil bermaksud cekap (dlm melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, dsb) dan keterampilan bermaksud wibawa seseorang apabila dapat melaksanakan sesuatu tugas. | Tatabahasa | 11.10.2011 |
Saya sering terkeliru antara imbuhan akhiran "kan". Cthnya "pergerakkan" atau "pegerakan". Minta diberi panduan. Terima kasih | Kesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan ...-kan, imbuhan -an dan apitan peN-...-an. Kata kerja gerak + kan akan membentuk kata terbitan "gerakkan" seperti yang lazim digunakan dalam ayat suruhan "Gerakkan tangan anda". Kata kerja gerak + an akan menghasilkan kata nama gerakan seperti dalam ayat "Bilik Gerakan akan mula dibuka pada minggu hadapan". Apitan peN-...-an pada kata kerja gerak, peN + gerak + an menghasilkan kata nama pergerakan, seperti ayat "Runtuhan tanah di lereng bukit itu berlaku akibat pergerakan air dalam tanah". | Tatabahasa | 06.07.2011 |
Saya sering keliru dengan penggunaan italik untuk bahasa asing, seperti Bahasa Inggeris. Apa yang saya faham, ayat dalam bahasa asing perlu italik. Bagaimana pula nama kolej, nama kursus dll? Adakah kata nama khas dalam bahasa Inggeris tak perlu diitalik, sebaliknya huruf besar pada awal perkataan? | Sdr. Rina, Penggunaan bahasa asing yang yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
saya sering tertanya-tanya kenapa bahasa kita,Bahasa Malaysia selalu berubah-ubah dari masa ke semasa,seolah-olah tiada satu pendirian sebagaimana Bahasa Inggeris.sebagai contoh ejaan, kalau dulu dari ejaan lama ke ejaan baru,kemudian kembali ke ejaasn baeu semula.satu lagi contoh yang paling senang ialah penggunaan 'Bahasa Malaysia' dan 'Bahasa Melayu'.dulu pernah digunakan Bahasa Malaysia,ditukar kepada Bahasa Melayu, kemudian diguna kembali Bahsa Malaysia.? ini memberi kesan terutamanya para pelajar yang mungkin akan ketinggalan dengan perubahan terkini bahasa kita.mungkin pihak DBP boleh jelaskan dan mungkin juga dapatkan satu jalan penyelesaian.terima kasih | Bahasa Melayu sebagai bahasa moden sentiasa berkembang dan menerima tempias dengan persekitaran luar terutamanya kemajuan sains dan teknologi yang memungkinkan bermacam-macam. Selagi bahasa Melayu itu hidup dan berkembang sedikit sebanyak akan mengalami perubahan sama juga seperti bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa moden yang lain. Perubahan itu datangnya daripada pelbagai faktor termasuklah faktor politik. Kerajaan mengumumkan penggunaan iatilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia atas alasan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia, tetapi pada dasarnya bahasa Melayu tetap digunakan untuk tujuan ilmu dan peradaban. | Lain-lain | 28.10.2009 |
Saya sering menggunakan perkataan "markat" untuk merujuk "score" berdasarkan daftar istilah pendidikan. Namun saya dimaklumkan istilah "markat" tidak ada dalam kamus on-line DBP. Boleh dapat kepastian sama ada saya boleh terus gunakan "markat" dan "pemarkatan" untuk "scoring". | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'score' ialah markat atau markah. Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks. | Istilah | 29.09.2009 |
Saya sering menggunakan khidmat istilah Melayu - Inggeris. Nampaknya setelah dibuat pembaharuan saya sudah tidak tahu lagi bagaimana nak menggunakan kemudahan berkenaan. Tolong. | Untuk makluman tuan, DBP telah melaksanakan penambahbaikan sistem penyampaian yang sedia ada. Tuan masih boleh melayari laman sesawang DBP seperti biasa untuk membuat rujukan, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudari hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 28.05.2009 |
Saya sering terbaca frasa ` pro forma kursus`. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa tersebut. Adakah ejaannya betul? | Frasa ini tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Yang ada hanyalah istilah forma (bidang biologi) yang merujuk: (1) Unit taksonomi yang terdiri daripada individu yang berbeza daripada unit yang lebih besar oleh satu ciri tunggal, oleh yang demikian merupakan ciri yang paling kecil dalam pengelasan. (BIO) (2) Satu jenis spesies polimorfik; satu kumpulan taksonomi yang statusnya tidak nyata, mungkin spesies atau mungkin juga subspesies. (BIO) | Makna | 13.05.2009 |
Kita sering kali nampak perkataan singkatan Bahasa Inggeris bitanda dengan tanda baca noktah, apakah peraturan umum penempatan tanda baca noktah Bahasa Inggeris digunasama bagi Bahasa Bangsa Malaysia? Contoh: Mr., Bagagaimana dengan En? En. Atau En ? Terima Kasih. | Penggunaan noktah dalam apa yang saudara maksudkan adalah sama. Dalam bahasa Melayu, kata yang diringkaskan perlulah dibubuh noktah, contoh: tuan = tn. telefon = tel. puan = pn. dan sebagainya. | Tatabahasa | 04.05.2009 |