Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Asslamualaikum, Adakah perkataan 'GEMPUR' dan 'TEMPUR' membawa maksud yang sama? Antara kedua-dua perkataan itu,yg manakah membawa maksud 'serang dan rosakkan'? | Gempur bermaksud diserang dan dibinasakan, manakala tempur bermaksud berlanggaran, berkelahi, berjuang, berperang. | Makna | 30.05.2009 |
Merujuk kepada jawapan tuan 'Dalam Kamus Dewan jarang-jarang bermaksud tidak sering, tidak kerap, tidak selalu dan tidak lazim. Berdasarkan makna tersebut penggunaan jarang-jarang dalam ayat pertama dan ketiga betul, manakala ayat kedua dan keempat salah'. Pada pemahaman saya, perkataan jarang sama erti dengan jarang-jarang dan bersinonim dengan renggang: berjarak, bersela, tidak rapat, tidak kedap, serau, serang. contoh yang diberikan oleh pihak DBP: baju kaus - baju drpd kain yg jarang-jarang tenunannya. Jadi jawapan no.2 sepatutnya diterima. Bagaimana pendapat tuan? sekian terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, membawa beberapa maksud, iaitu: 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dan lain-lain seperti gigi jarang dan kain yang jarang; 2. tidak lebat, tidak padat seperti rambut yang jarang; dan 3. jarang = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim seperti jarang berlaku dan jarang terdapat. Berdasarkan huraian tersebut, perkataan jarang tidak selalu sama maknanya dengan jarang-jarang kecuali dalam makna ketiga. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah baju daripada kain yang jarang tenunannya. | Tatabahasa | 20.10.2012 |
|
|