Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Peribahasa melayu membawa banyak makna tersirat sebagai medium komunikasi. Adakah peribahasa seperti "seperti kacang lupakan kulit". "gunting dalam selimut", marahkan nyamuk kelambu dibakar" boleh dikatakan membawa suatu konotasi negatif kepada masyarakat melayu? kerana peribahasa terhasil daripada ketajaman pemerhatian orang dahulu kala. | Peribahasa Melayu ialah salah satu medium komunikasi yang tercipta hasil daripada tuturan mulut ke mulut dan kemudian diwarisi kepada satu generasi kepada satu generasi sebagai satu etos bangsa. Etos ialah sistem nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sifat sesebuah masyarakat diandaikan terbit daripada sistem nilai yang menjadi panduan kepada kehidupan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada sesuatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa-apa yang baik dan tidak baik. Oleh itu, ketiga-tiga peribahasa di atas tidak membawa konotasi negatif, tetapi sebaliknya sebagai satu ingatan atau pesanan kepada pendengarnya agar tidak bersifat sedemikian. Secara tidak langsung, peribahasa-peribahasa tersebut ingin mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu sangat berpegang kepada nilai-nilai atau etos yang baik demi kerukunan hidup bersama. | Sastera | 19.08.2024 |
hi. Penggunaan perkataan yang manakah betul. "Seperti yang berikut" atau "seperti berikut". Apakah alasan bagi perkataan yang betul tersebut. terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah “seperti yang berikut” kerana perkataan “seperti” merupakan kata sendi nama yang perlu diikuti dengan kata nama. Perkataan “yang” dalam frasa tersebut berfungsi sebagai kata nama. | Tatabahasa | 09.03.2022 |
Apakah maksud peribahasa berikut: 1. seperti bunga dengan perdunya 2. seperti tanduk bersendi tulang | Peribahasa “seperti bunga dengan perdunya” dan “seperti tanduk bersendi tulang” mempunyai maksud yang sama iaitu pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik dan sepadan. | Lain-lain | 24.09.2021 |
Apakah maksud peribahasa berikut: 1. seperti bunga dengan perdunya 2. seperti tanduk bersendi tulang | Peribahasa “seperti bunga dengan perdunya” dan “seperti tanduk bersendi tulang” mempunyai maksud yang sama iaitu pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik dan sepadan. | Lain-lain | 27.09.2021 |
seperti di alalam lampiran | Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 10.01.2025 |
Seperti yang dikatakan oleh CariCarz, TIGGO 7 PRO serba baharu bukan sekadar elegan dari segi bentuk luaran dan interior, ia juga lengkap dengan sistem bantuan pemandu ADAS dengan 17 fungsi. Is it dari segi or daripada segi? | Penggunaan perkataan yang betul ialah dari segi. | Tatabahasa | 19.06.2024 |
Salam: re: penggunaan kata "ia." Seorang Munsyi menjelaskan bahawa kata "ia" ialah kependekan untuk "dia," dan tidak boleh digunakan sebagai ganti/rujukan untuk kata nama atau frasa seperti "it" seperti dalam B Inggeris. Apakah panduan rasmi B Melayu? | Untuk makluman, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Perdana. Berdasarkan rujukan tersebut, kata “ia” merupakan kata ganti nama diri ketiga iaitu, “dia” dan kata ganti nama bukan manusia. Contoh, “Dan ia ada berekor seperti ekor kala jengking lagi bersengat”. | Tatabahasa | 04.08.2023 |
Salam sejahtera, Persoalan saya adalah mengenai cara penulisan dalam karya kreatif seperti novel dan cerpen. Adakah dalam gaya penulisan kreatif, perkataan seperti "ke", "kan", dan "kot" perlu diitalickan. Perkataan seperti ini adalah gaya percakapan harian yang biasanya dalam dialog seperti "Kan saya dah kata..." , "Mak cik dah sapu ke kat tangan?" , dan "Mungkin sebab aku gemuk kot". Atau boleh sahaja dibiarkan roman tanpa perlu italic. Mohon pencerahan pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu ditulis condong (italic). | Tatabahasa | 17.01.2024 |
Salam, bolehkah kita mulakan ayat dengan kata pemeri, seperti "Adalah dianggarkan ..." atau seperti, "Namun begitu, adalah tidak tepat ...?" Terima kasih | Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat "Adalah dianggarkan ..." tidak betul. Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi kecuali dalam binaan adalah + kata nafi + frasa adjektif. Oleh itu, ayat "Namun begitu, adalah tidak tepat ... " boleh digunakan. | Lain-lain | 14.03.2022 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata "ruang" dalam frasa seperti "ruang pengesahan identiti" atau "ruang digital pelanggan", yang merujuk kepada kawasan fizikal sementara atau tetap di tempat awam seperti pusat membeli-belah, kafe, atau hab transit tempat di mana pengguna dir untuk menjalankan prosess seperti pengesahan identiti biometrika atau janji temu digital yang dihubungkan dengan aplikasi mudah alih. Adakah penggunaan "ruang" dalam konteks ini betul dan sesuai, atau adakah "ruangan" lebih tepat digunakan? Mohon pandangan tuan/pan berdasarkan konteks penggunaan semasa dan gaya bahasa rasmi. Terima kasih. | tentang penggunaan kata "ruang" dalam frasa seperti "ruang pengesahan identiti" atau "ruang digital pelanggan", yang merujuk kepada kawasan fizikal sementara atau tetap di tempat awam seperti pusat membeli-belah, kafe, atau hab transit — tempat di mana pengguna dir untuk menjalankan prosess seperti pengesahan identiti biometrika atau janji temu digital yang dihubungkan dengan aplikasi mudah alih. Adakah penggunaan "ruang" dalam konteks ini betul dan sesuai, atau adakah "ruangan" lebih tepat digunakan? Mohon pandangan tuan/pan berdasarkan konteks penggunaan semasa dan gaya bahasa rasmi. Berdasarkan konteks penggunaan tuan, kedua-dua kata 'ruang' dan 'ruangan' sesuai dalam gaya bahasa rasmi. Data peristilahan kami menunjukkan ketekalan kata ruang dipadankan dengan terjemahan space manakala kata ruangan dipadankan dengan terjemahan spatial. Dengan dapatan ini, saya bersetuju frasa tuan betul dan sesuai mengekalkan penggunaan kata ruang. | Istilah | 13.04.2025 |