Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas. | Pelajar lelaki suka menyakiti pelajar perempuan di dalam kelas - ayat ini betul kerana menyakiti bermaksud menyebabkan berasa sakit, sengsara, sedih, pilu, dan lain-lain. | Tatabahasa | 27.03.2010 |
Apakah istilah bahasa Melayu bagi 'pain cave'? Istilah ini biasa digunakan dalam kalangan komuniti triathlon dan pengayuh basikal jarak jauh untuk menggambarkan kesusahan yang amat menguji ketahanan fizikal dan mental mereka dalam sesi latihan yang panjang. | Padanan bagi istilah pain cave dalam bahasa Melayu ialah fasa sengsara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.09.2024 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengsara. |
|
Puisi |
---|
|
Anak raja menjadi duyung, Menjadi duyung di dalam laut; Sangat sengsara hendak bergantung, Rasa bergantung di hujung rambut.
Lihat selanjutnya... |
|