Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkah kata sendi dan kata sendi berdampingan? Misalnya: hingga ke / hingga kepada. Sepanjang pengetahuan saya, kata sendi perlu disertakan kata nama atau frasa nama untuk membentuk frasa sendi. | Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama yang lain. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 19.07.2008 |
ejaan kata sendi naa | Kata sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, seperti dan oleh. Ejaan kata sendi 'di' sering dieja salah, misalnya bagi maksud menunjukkan arah , contoh di utara dan di Kuala Lumpur ; dan bagi membentuk kata kerja, contoh dimakan dan ditulis. | Tatabahasa | 01.03.2008 |
Bolehkah ditulis pantun seperti ini? (Dengan ditulis hurus besar pada setiap perkataan pertama) Tegak Rumah Kerana Sendi, Runtuh Sendi Rumah Binasa; Sendi Bangsa Ialah Budi, Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa. | Tanda baca yang digunakan dalam ejaan pantun tersebut adalah betul. | Ejaan | 27.09.2012 |
Salam 1Malaysia, Antara permasalahan tatabahasa dalam bahasa Melayu yang mengelirukan saya ialah kata sendi | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke, dari, daripada dan kepada. Setiap kata sendi nama mempunyai tugas dan fungsi yang berlainan dan penggunannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. Contohnya, kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265-286. | Tatabahasa | 20.07.2011 |
Fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada'? Mengapakan kata sendi nama 'pada' untuk menggantikan kata sendi nama 'ke' tidak boleh digunakan bagi ayat berikut: Selamat datang ke majlis perkahwinanan kakak saya . | Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama" ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Oleh itu dalam contoh ayat yang diberikan kata sendi nama yang betul ialah "ke" kerana ia menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan bukannya menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 266 dan 274 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 27.01.2010 |
Apakah maksud kata sendi nama? | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, bagi, ke, dari, daripada dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265 untuk keterangan lanjut. | Makna | 05.06.2009 |
kenapa wujudnya kesalahan penggunaan kata sendi nama dari dan daripada? boleh terangkan cara penggunaan kata dari dan daripada dalam tatabahasa | Kesilapan berlaku apabila pengguna keliru dengan fungsi kedua-dua kata sendi yang tersebut. Kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat dan masa. Manakala kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. | Tatabahasa | 25.01.2012 |
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata sendi nama "akan". Menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Adakah ini bermakna sekiranya kata/frasa nama itu bukan merujuk manusia, maka kata sendi nama akan tidak boleh digunakan? Contohnya dalam ayat, "Mulai hari ini, Nurul tidak perlu runsing akan wang lagi." Adakah penggunaan kata sendi nama "akan" dalam ayat ini betul? Saya tidak pasti sama ada "akan" boleh digunakan dalam ayat ini atau tidak kerana kata nama yang mengikuti kata sendi nama "akan" dalam ayat ini, yakni "wang" merujuk kepada benda dan bukannya manusia. Sekiranya "akan" digunakan dalam ayat ini, maka penggunaan "akan" telah melanggar hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia. Dalam konteks sedemikian, perkataan "akan" boleh diterima atau perlu diganti dengan perkataan yang lain?Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih. | Penggunaan kata sendi nama "akan" seperti yang dijelaskan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 282 - 283. Yang dimaksudkan dengan keterangan yang merujuk manusia ialah subjek yang terletak di hadapannya, bukan unsur yang mengikuti kata sendi nama selepasnya. Oleh itu, dalam ayat contoh yang diberikan, iatu "Mulai hari ini, Nurul tidak perlu rungsing akan wangnya lagi" (ayat yang sepatutnya), yang dikatakan merujuk manusia ialah Nurul, bukan wang. Sila lihat contoh ayat yang bernombor 340 dan 342 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dalam ayat 340, yang dirujuk sebagai manusia ialah rakyat, bukan negara. Begitu juga dengan ayat bernombor 342, manusia dalam ayat tersebut ialah kami, bukan kelakuan. Semoga dengan penjelasan ini, dapat menghuraikan kekeliruan saudara dari aspek penggunaan kata sendi nama "akan". | Tatabahasa | 10.06.2010 |
perkataan UNTUK tergolong dalam golongan kata apa?skata sendi nama atau kata hubung.saya pernah terlihat dalam buku ada yang menyatakan perkataan UNTUk merupakan kata hubung dan ada juga buku yang menyatakan perkataan tersebut merupakan kata sendi nama. | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga, "untuk " ialah kata sendi nama. Kata sendi nama "untuk' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Salam sejahtera, Saya ingin meminta tunjuk ajar dalam penggunaan kata sendi nama "akan". Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008;282), kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Persoalan saya, adakah kata sendi nama "akan" oleh digunakan sekiranya rujukan dalam sesuatu ayat (kata nama/frasa nama) bukan merujuk manusia? Contoh 1: Raksasa itu takut akan bunyi letupan. Adakah penggunaan "akan" dalam contoh ayat 1 betul? Sekian, terima kasih. | Ayat contoh yang saudara berikan, Raksasa itu takut akan bunyi letupan adalah betul. Binaan ayat terdiri daripada subjek (raksasa itu) + predikat (frasa adjektif), rumus frasa adjektif (kata adjektif + kata sendi nama + kata nama), iaitu takut (kata adjektif) + akan (kata sendi nama) + bunyi (kata nama). Contoh yang lain, Badannya lemah dengan tiba-tiba - kata sendi nama dengan. Saudara perlu melihat ayat tersebut dari aspek binaan ayat frasa adjektif (lihat halaman 414, Tatabahasa Dewan) dan jangan dikaitkan dengan fungsi kata sendi nama "akan" dengan kata adjektif yang bersifat emotif. | Tatabahasa | 16.10.2011 |
|
Puisi |
---|
|
Ingin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang.
Lihat selanjutnya... |
|