Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. Yang mana lebih tepat penggunaan. kitar semula atau mengitar semula. Adakah maksud perkataan mengitar boleh berdiri sendiri atau perlu mengitar-ngitar. Terima kasih. | Kitar semula dan mengitar semula, kedua-duanya betul. Kata kitar semula hadir sebagai satu rangkai kata daripada padanan bahasa Inggeris recycle. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengitar sama maksud dengan mengitar-ngitar, iaitu 1. = mengitar-ngitar berkisar(kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah. | Istilah | 17.03.2010 |
COUNTER PURPOSE | TAWARAN SEMULA/CADANGAN SEMULA | Istilah | 29.11.2010 |
apa erti penjenemaan semula,faedah penjenamaan semula | Sila rujuk bahan ini : 1. Brand failures: the truth about the 100 biggest branding mistakes of all time Haig, Matt Kogan Page 2003 2. Penjenamaan merentasi sempadan : panduan pemasaran jenama global Gregory, James R. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad 2007 | Lain-lain | 12.09.2007 |
1) apakah maksud peletakan dari sudut pelancongan? 2) apakah maksud peletakan semula dari sudut pelancongan? | Saudara, Soalan tidak jelas. Adakah bermaksud penempatan dan penempatan semula? Sila kemukakan soalan semula. | Lain-lain | 07.07.2010 |
Salam sejahtera Saya ada kemusykilan tentang ayat ini: Bandingkan harga semula atau bandingkan semula harga. Yang mana lebih menepati aspek tatabahasa dan apakah sebabnya. Terima kasih, Azura | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.11.2009 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk saya alihbahasakan "Dance Revival" kepada bahasa Malaysia? Bolehkah saya menggunakan perkataan "Penglahiran Semula Tari" atau "Pementasan Semula Tari" ? Saya ingin menggunakan perkataan ini untuk tujuan tesis saya dalam bidang etnokoreologi dengan topik Tarian Tradisional Sabah. | Kami mencadangkan padanan terjemahan frasa "Dance Revival" dalam bahasa Melayu ialah "Pembugaran Semula Tarian". Walau bagaimanapun, saudara digalakkan berbincang dengan penyelia tesis saudara untuk mendapatkan padanan yang lebih tepat berdasarkan konteks yang saudara fahami. | Istilah | 19.07.2009 |
1. Apakah perbezaan di antara ayat-ayat berikut/yang mana satu ayat yang betul? a. Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. b. Susun perkataan di bawah semula supaya menjadi ayat yang betul. a2. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap. b2. Susun dan tulis ayat di bawah semula supaya menjadi cerita yang lengkap. | Ayat yang betul ialah : Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul. Susun dan tulis semula ayat di bawah supaya menjadi cerita yang lengkap. | Tatabahasa | 09.05.2008 |
Membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu ATAU membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula. Maksud saya kekeliruan ini timbul daripada pendapat yang mengatakan kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek/frasa nama dan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama /kata yang lain. Contohnya: 1. "Mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu" dikatakan salah, yang betulnya ialah 'Mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". 2. RTM Menayangkan semula filem-filem P Ramlee, sepatutnya RTM menayangkan filem-filem PR semula. Menyerahkan kepada Ali buku itu @ Menyerahkan buku itu kepada Ali. Mohon penjelasan. Terima kasih | Seperti yang tuan ketahui kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek. Dalam contoh yang diberikan ayat yang betul ialah "membangunkan kawasan yang dilanda banjir itu semula" dan "mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa". Walau bagaimanapun kita sering juga mendengar ayat tersebut dalam susunan yang kurang tepat seperti "membangunkan semula kawasan yang dilanda banjir itu" dan "mengumumkan kepada ibu bapa perkara itu". Oleh itu, hendaklah kita membiasakan penggunaan yang betul agar penggunaan tersebut menjadi ikutan kepada orang lain. | Tatabahasa | 30.04.2012 |
1. Menyusun sepuluh jari atau menyusun jari sepuluh. 2. Kitar semula sampah atau kitar sampah semula. | Jawapan yang betul ialah 1. Menyusun sepuluh jari, 2. Kitar semula sampah | Lain-lain | 11.05.2010 |
jabatan saya akan mengadakan program Larian Jom ! Kitar Semula 2013. Boleh kah menggunaan perkataan Larian Jom! Kitar Semula digunakan? | Nama yang betul ialah Larian Kitar Semula 2013. Perkataan "jom" ialah kata ajakan dan tidak sesuai dimasukkan dalam nama larian tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digunakan dalam iklan program tersebut untuk menggalakkan orang ramai menyertai larian tersebut. Contohnya: Jom sertai larian! | Tatabahasa | 25.01.2013 |