Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat di bawah betul?Kata ganda di bawah agak mengelirukan saya. -Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka. | Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
kata ganda 1.Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka.Betul atau salah. ditemui atau ditemukan 2.Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik. | Saudara, 1. Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. 2. Ayat yang betul ialah 'Kanak-kanak itu ditemui lemas di dalam tasik'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.08.2009 |
" Berapa pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang," kata Tun Telanai kepada Bendahara Ali yang berdiri di hadapannya. apakah kesalahan tatabahasa di atas dan apakah yang sepatut digunakan? | Berapa pun bermaksud bagaimanapun, betapa pun. Kata berapa pun perlu ditambah dan menjadi "berapa ramai pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang" untuk melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 18.07.2008 |
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK | 1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi". 2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat) d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. - betul. 3. Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya. | Tatabahasa | 23.07.2009 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Semuanya bermula dari ikhlas... (Adakah penggunaan kata sendi betul dalam ayat ini?) 2. Puncak kehidupannya kelak sudah pasti menyandangkan kebahagiaan di dunia dan mendapat rahmatan al amin di akhirat. ( Adakah penggunaan perkataan menyandangkan dan rahmatan al amin betul dalam ayat ini?) | 1. Penggunaan kata sendi nama yang sesuai dalam ayat tersebut ialah "daripada". 2. Perkataan menyandangkan bermaksud memikulkan dan tidak sesuai dari aspek semantik ayat tersebut. | Tatabahasa | 21.04.2012 |
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen. | Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun. | Lain-lain | 14.02.2012 |
Assalamualaikum, Saya sedang menyiapkan buku berkenaan dengan sukan sukma, persoalannya: 1. Adakah perkataan "sukma" perlu dieja dengan huruf besar semuanya? 2. SUKMA merupakan singkatan kepada Sukan Malaysia, apabila disingkatkan kepada SUKMA, adakah perlu meletak perkataan "sukan" di awal SUKMA? | Ejaan yang betul ialah "Sukma". Tidak perlu lagi didahului dengan kata sukan, contohnya "Kejohanan Sukma 2012" atau "Sukma 2012". | Tatabahasa | 18.10.2011 |
apakah perkataaan lain yg sama maksud dgn " GAJI". Perkataan tersebut bermula dgn huruf N dan berakhir dgn huruf L ( semuanya ada lapan huruf) | Untuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP untuk membantu sdr menjawab peraduan teka silang kata. | Lain-lain | 22.02.2010 |
Bagaimana hendak membezakan di antara perkataan berikut? Simpulan Bahasa, Bidalan, Perumpamaan dan Peribahasa ... Harap tuan boleh menjelaskan setiap perkataan tersebut di atas. Adakah semuanya itu mempunyai sifat-sifat yang sama? | Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya (spt kaki ayam). Bidalan bermaksud kata-kata yang sering kali disebut, dan yang mengandungi nasihat, peringatan, dan sebagainya. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran). Peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. | Makna | 30.07.2009 |
macam mana cara ejaan huruf besar yang betul untuk kata ganda. cth: Ciri-ciri Seorang...atau Ciri-Ciri Seorang... | Bagi penulisan biasa, ditulis semuanya huruf kecil kecuali bagi tajuk ditulis awalannya dengan huruf besar. | Tatabahasa | 08.09.2009 |