Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"...hubungan dua hala Malaysia - Singapura." atau "...hubungan dua hala Malaysia-Singapura."? (Penggunaan sempang) | Penggunaan tanda sempang yang betul ialah ...hubungan dua hala Malaysia - Singapura, iaitu dijarakkan. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1992: 48) mengatakan panjang tanda pisah dua kali sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Saya beranggapan bahawa ungkapan tidak diapit oleh ruangan bermaksud tanda pisah itu satu unit, iaitu tiada ruangan di antara sempang pertama dengan sempang kedua. Adakah anggapan saya betul? | Dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga terbitan DBP, Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan memenuhi fungsi yang berikut, iaitu memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, menunjukkan aliran fikiran penulis dan menggantikan perkataan hingga. Contoh yang mudah ditemui adalah seperti "Jun - Oktober", kedua-dua perkataan tersebut dan tanda baca (tanda pisah) dikira tiga unit yang berlainan. Tanda baca yang tidak diapit oleh ruangan ialah tanda sempang. | Lain-lain | 14.01.2013 |
mengenal pasti atau mengenalpasti. horamat menghormati atau hormat-menghormati. terangkan sedikit tentang penggunaan tanda sempang. | Penggunaan sempang i. kata ulang cth. anak-anak,ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, cnth. hamba-Mu, pro-Malaysia,v. merangkaikan ke dgn angka, cnth., ke-125, ke-2000. vi. hbgn. antara kata-kata pd rangkai kata setara tertentu atau istilah. cnth. alat pandang-dengar. Terima kasih. | Lain-lain | 19.11.2006 |
Bagaimanakah penggunaan tanda sempang (-) di dalam perkataan berganda apabila menulis? Adakah perlu dijarakkan antara perkataan dan tanda sempang. Contoh : haiwan - haiwan atau haiwan-haiwan terima kasih. | Tanda sempang (-) yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
Kenapa sampah sarap tidak perlu ada sempang (-) sedangkan kuih-muih perlu ada sempang.Terima kasih | Sampah sarap ialah kata majmuk yang bermaksud pelbagai jenis sampah dan bukannya kata ganda. Oleh itu, tanda sempang tidak perlu ada dalam ejaan tersebut. | Tatabahasa | 04.01.2013 |
berdasarkan jawapan tuan tempohari, Bolehkah saya merumuskan bahawa hanya kata ganda penuh sahaja yang mempunyai tanda sempang. Manakala kata ganda bebas tidak mempunyai tanda sempang. | Rumus yang betul ialah kata ganda yang tidak mempunyai tanda sempang ialah apabila kedua-dua perkataan (dalam kata ganda) mempunyai maknanya sendiri apabila tidak digandakan seperti sampah sarap, sampah bermaksud benda yang dibuang dan sarap bermaksud pelbagai jenis sampah. Kata ganda bebas masih mempunyai tanda sempang seperti cerai-berai dan ulang-alik. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Yang manakah betul? A1. Bukan semua kata ganda mempunyai sempang. A2. Tidak semua kata ganda mempunyai sempang. B1. Satu per satu. B2. Satu persatu. C1. Dua per tiga. C2. Dua pertiga. | 1. Kata nafi yang betul ialah bukan. Bukan semua ganda mempunyai sempang. 2. Ejaan yang betul ialah satu per satu (bermaksud satu demi satu), satu perdua, satu pertiga, satu perempat dan satu perlima bermaksud satu bahagian daripada jumlah dua bahagian, tiga bahagian, empat bahagian dan lima bahagian. | Tatabahasa | 26.09.2013 |
salam...tanda sempang (/), apakah kedudukan perkataan sebelum dan selepasnya? contoh: ibu membawa adik/abang ke kedai atau ibu membawa adik / abang ke kedai atau ibu membawa adik/ abang ke kedai | Tidak perlu dijarakkan seperti ibu membawa adik/abang ke kedai. | Ejaan | 14.09.2011 |
Bolehkah tanda sempang digunakan untuk merangkaikan unsur bahasa Melayu dengan unsur bahasa asing. Contoh : meng-upgrade-kan di-charter | tidak boleh. contoh penggunaan yang betul ialah ke-21. | Tatabahasa | 03.11.2007 |
Bilakah penggunaan tanda sempang? Kata ganda 'rempah ratus' perlu diberikan tanda sempang? | Ejaan yang betul ialah rempah-ratus. | Tatabahasa | 05.10.2013 |