Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah betul penggunaan kata adjektif longgar dalam ayat berikut: Persahabatan Kah Yan dan JIa Hui semakin hari semakin longgar nampaknya. | Perkataan yang lebih tepat ialah renggang. Persahabatan Kah Yan dan JIa Hui semakin hari semakin renggang. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi | 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta. | Makna | 10.12.2008 |
Tuan, apakah perbezaan semakin berkurang dan semakin berkurangan. Boleh pihak tuan terangkan cara penggunaannya? Terima Kasih. | Tidak ada perbezaan maksud antara semakin berkurang dengan semakin berkurangan dan kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
Kenapa frasa 'makin hari semakin ketara' salah? Tolong beri penjelasan. Terima kasih | Frasa ini tidak salah tetapi tidak baku. Yang betul ialah 'Semakin hari semakin ketara'. | Tatabahasa | 12.02.2008 |
bagaimana untuk mengenalpasti sesutu ejaan didalam satu satu ayat itu betul penggunaanya.melalaui peredaran masa kini dan skop pembelajaran yang semakin lama semakin mencabar.kadang kala masih ada segelintir pengguna selesa dengan ejaan lama.begitu juga dengan tulisan jawi boleh jelaskan kepada saya dengan lebih terperinci.mungkin saya ni tergolong dalam golongan tersebut. | Penggunaan Kamus Dewan dapat membantu saudara mengenal pasti ejaan yang betul untuk satu-satu perkataan, untuk mengetahui tentang tulisan Jawi sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (Edisi Kedua). Buku ini dapat membantu saudara dalam hal tulisan dan mengetahui pedoman/kaedah tulisan Jawi. | Lain-lain | 19.11.2009 |
kasih sayang terhadap isterinya semakin kering | semakin berkurang/lenyap | Tatabahasa | 08.05.2007 |
gejala sosial semakin berleluasa.. atau gejala sosial semakin leluasa. TQ tuan | Ayat yang betul ialah gejala sosial semakin berleluasa. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
Keghairahan pelajar menulis ayat bombastik ada kalanya menimbulkan masalah untuk memahami maksud yang hendak disampaikan. Saya mohon untuk diteliti ayat di bawah gramatis atau tidak: Pada era globalisasi tanpa limitasi ini,dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita alpa dan lalaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh... | Selamat petang Puan Melati, Memadai sekiranya pelajar puan menulis seperti ayat yang di bawah: Pada era globalisasi ini, dalam menongkah arus pemodenan, akhlak mulia remaja telah kita abaikan. Akhlak mulia remaja semakin lama semakin runtuh... | Tatabahasa | 15.10.2012 |
"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." atau "Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." Ayat manakah yang sesuai dan mengapakah ayat tersebut salah? | "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
"Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." ATAU "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." Ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah? | "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap. | Tatabahasa | 17.03.2011 |