Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, perkataan semak samun perlu ditulis dengan meletakkan tanda sempang atau tidak? semak-samun atau semak samun? | Ejaan yang betul ialah semak samun. | Ejaan | 12.06.2012 |
semak semula atau semak balik? | Yang betul dan gramatis ialah semak semula. | Tatabahasa | 29.07.2010 |
SEMAK BAHASA | Dilampirkan. | Tatabahasa | 03.12.2012 |
semak ejaan 'siswazahtani' dijauhkan @tidak? | Ejaan yang betul ialah siswazah tani. | Ejaan | 16.03.2009 |
SEMAK EJAAN DISPLIN,PENGWUJUDAN | Ejaan yang betul ialah disiplin dan pewujudan | Ejaan | 18.09.2007 |
Komen dan Catatan Kepada Pembekal 1)Pastikan boleh pakai muzik "tema Pink Panther" sebagai muzik efek...ada halangan copyright ke?sila semak. 2)Semak perkataan 'Loklaq"-(Rujuk DBP) | Ejaan yang betul ialah Loklak | Ejaan | 04.10.2011 |
mohon semak ayat ini: UMT PILIHAN KAMI | Ayat tersebut boleh digunakan. | Lain-lain | 03.10.2013 |
mohon semak penggunaan perkataan RUMIT dalam ayat di bawah, betul atau salah. 1. murid-murid sedang meneliti serangga yang RUMIT itu menggunakan mikroskop. 2. kehidupan pekebun sayur begitu RUMIT sekali kerana musin kemarau yang melanda. terima kasih. | 1. Murid-murid sedang meneliti serangga yang seni itu menggunakan mikroskop. 2. Kehidupan pekebun sayur begitu rumit sekali kerana musin kemarau yang melanda. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
SILA SEMAK EJAAN DAN PERKATAAN UNTUK TUJUAN PAPAN TANDA IKLAN. TERIMA KASIH | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 01.08.2013 |
SILA SEMAK EJAAN UNTUK PAPAN TANDA IKLAN. TERIMA KASIH | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 01.08.2013 |