Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah frasa berkubang dalam selimut betul . ----------------------------- | Frasa "berkubang dalam selimut" - betul dan boleh diterima dalam bahasa percakapan tetapi tidak dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
Perbezaan antara seperti gunting dalam lipatan, api dalam sekam dan musuh dalam selimut | Gunting dalam lipatan bermaksud membinasakan sahabat (bangsa,dll) sendiri; Api dalam sekam bermaksud perbuatan jahat yang tersembunyi; musuh dalam selimut bermaksud nusuh yang sangat dekat. | Makna | 09.05.2008 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat. | 1. Ayat pertama betul. 2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh ke dalam mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat. | Tatabahasa | 13.08.2013 |
|
Puisi |
---|
|
Nasi dingin digonggong semut, Dibawa belayar ke Singapura; Badan dingin tarik selimut, Bantal peluk ganti adinda.
Lihat selanjutnya... |
|