Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohon pencerahan, "jabatan bawah seliaan kementerian" atau "jabatan di bawah seliaan kementerian" atau "jabatan dibawah seliaan kementerian"? Mane satu yg betul? Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah "jabatan di bawah seliaan kementerian". Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265 dan 266. | Tatabahasa | 09.11.2024 |
Assalamualaikum tuan/puan, Saya Rita Ridzuan, pelajar siswazah dari USIM, ingin bertanya mengenai manuskrip melayu yang dibawah seliaan pihak DBP. Mengikut carian saya di mymanuskrip, Kitab Ilmu Perubatan MS 33 oleh Muhammad Salleh bin Ahmad Panjang di bawah seliaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah digital dan diletak di mymanuskrip. Pertanyaan saya, 1. Adakah manuskrip ini terdapat dalam bentuk fizikal dan boleh diakses untuk pengkaji membuat kajian? 2. Selain di laman sesawang mymanuskrip, di mana lagi saya boleh akses Kitab Ilmu Perubatan MS 33 ini? Disebabkan bila saya nak akses lagi sekali di laman mymanuskrip, tak dapat. 3. Saya ingin kepastian, adakah manuskrip MS 33 ini merupakan salinan tunggal yang ada di DBP? 4. Ada tak nombor atau email staff DBP yang selia bahagian manuskrip melayu yang boleh saya hubungi terus jika ada persoalan. Segala kerjasama dan bantuan dari pihak tuan/puan,saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Salam sejahtera, Maklumat Pegawai berkaitan Manuskrip Dewan Bahasa dan Pustaka Bersama-sama ini dilampirkan maklumat pegawai DBP yang menguruskan manuskrip DBP: Nama: Encik Mohd Hapizan bin Abdullah, Bahagian: Pusat Dokumentasi Melayu, Telefon: 03-2147 9662 E-mel: mohdhapizan@dbp.gov.my Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 30.08.2021 |
Adakah penggunaan kata sendi "di" bagi ayat berikut betul? 1. pegawai yang boleh dihubungi berkaitan perkara di atas adalah.... 2. ...memanjangkan perkara tersebut kepada semua kakitangan di bawah seliaan tuan | Salam sejahtera, Penggunaan kata "di" bagi contoh ayat satu dan dua adalah tepat. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 04.03.2020 |
NOTIS DENGAN TINDAKAN: MENGADAKAN TONG SAMPAH JENIS MUDAH ALIH Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dukacita dimaklumkan, berdasarkan pemantauan pegawai dan makluman dari konsesi kutipan sisa pepejal seliaan pihak Majlis mendapati, pengurusan sisa buangan dirumah sampah iaitu sisa domestik (sisa kantin) masih berulang dan tidak diurus dengan baik. Perkara ini telah diingatkan melalui notis terdahulu berkaitan untuk mengadakan tong sisa dan mengasingkan lokasi antara sisa domestik (sisa kantin) dengan sisa asrama. 3. Sehubungan itu, pihak tuan dimohon dalam tempoh empat belas (14) hari untuk mengadakan tong sampah jenis mudah alih berkapasiti 1100liter untuk pengurusan kutipan sisa domestik (sisa kantin) sahaja oleh pihak Majlis dan menyemak semula perjanjian tuan dengan pihak kontraktor kebersihan sekolah yang perlu menguruskan baki sisa dari asrama untuk dilupuskan ke lokasi yang dibenarkan oleh pihak Majlis. 4. SILA AMBIL PERHATIAN, bagi melicinkan proses kutipan sisa pepejal di tempat tuan, pihak tuan kehendaki untuk mematuhi kehendak notis ini dan pihak Majlis boleh menjalankan aktiviti penguatkuasaan berhubung perkara tersebut. Kerjasama dari pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai. | Tiada soalan yang dikemukakan melalui platform ini. Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Pihak kami akan menyediakan sebut harga. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.03.2025 |
Saya ingin tahu "di bawah" boleh digunakan dalam tajuk seperti berikut: Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Penyelia Terima kasih. | Kami mencadangkan ayat tersebut diubah menjadi "Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Seliaan...", frasa di bawah boleh digunakan dalam konteks tempat yang abstrak. | Tatabahasa | 13.11.2014 |
Saya mohon penjelasa untuk maksud perkataan di bawah dalam Bahasa Melayu 1.Chief Regulatory Officer 2.Supervision Apakah maksud perkataan yang paling sesuai untuk Regulatory. Terima Kasih | Padanan yang dicadangkan untuk Chief Regulatory Officer ialah Ketua Pegawai Pengawal Seliaan. Maksud "supervision" ialah penyeliaan/pengawasan | Makna | 23.02.2017 |
(1) Sabah Negeri di Bawah Bayu atau Sabah Negeri Bawah Bayu? (2) Di bawah penyeliaan saya atau bawah penyeliaan saya? Terima kasih. | 1. Berdasarkan carian kami di laman web kerjaan negeri Sabah, penggunaan yang betul ialah Sabah Negeri di Bawah Bayu, lihat http://sabah.gov.my/about.asp. 2. Frasa yang betul ialah ialah "bawah seliaan saya" kerana tidak ruang yang jelas yang boleh dilihat secara fizikal. | Lain-lain | 02.01.2013 |